11 Februari 2013

Konsert PSY dipenuhi peminat Pakai Baju "BERSIH" ....(+video)


Meskipun kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut.

Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 50,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan.

Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy..






Najib dalam ucapannya menjanjikan akan mempertimbangkan akan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada taraf Universiti jika Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.

Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa... cerah?.. mungkin cerah macam Sabah kot?

Apabila Najib melaungkan.. "Are you ready for Psy??"
Jawab yang hadir.."READY!!!"

Najib ulang sekali lagi... "Are you ready for Psy??"
Sekali lagi jawapannya dari yang hadir.."READY!!!"



Tapi bila Najib laung " ARE YOU READY FOR BN??..Malang sungguh buat Najib bila hadirin menyahutnya dengan "NOOOOOOOOOOOO!!!!!"

Kah..kah..kah... what a shame...

Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan akan turut hadir dalam majlis Barisan Nasional ini telah membatalkan kehadirannya itu.

Namun begitu ianya bukanlah sebagai tanda boikot atau protes tetapi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menyambut ketibaan DYMM Raja Permaisuri Agong.

Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut.

Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional disukarkan mereka i
ni..



 
Dengar cerita.. semalam ada pertemuan antara Najib dan seluruh jentera BN Pulau Pinang.. tapi Cybertrooper UMNO tak dibenarkan masuk... he..he..he..

Sebab apa??.. nanti bila ada masa aku tulis..
Dah dilayan sampai macam tu pun nak sokong UMNO/BN lagi ke??  ~ ASD

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pasai apa? Pasai cybertrooper umno semua bodoh piang la.. Makan gaji buta ja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...