05 April 2012

PDRM RAMPAS DADAH BERNILAI RM SUKU BILION

PDRM Rampas Dadah Bernilai RM243.32 Juta

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM243.32 juta sepanjang tahun lepas persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Menteri Datuk Abu Seman Yusop berkata pada tahun lepas juga PDRM telah menangkap 167,001 orang kerana terlibat dengan pelbagai kesalahan jenayah narkotik.

“Hasil dari tangkapan tersebut, sebanyak 138,032 kertas siasatan telah dibuka dan sebanyak 59,673 daripada kertas siasatan tersebut telah dituduh di mahkamah.

“Bagi jumlah yang telah disabitkan kesalahan pula, berdasarkan rekod PDRM, sebanyak 349 kes telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman sepanjang tahun 2011,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol). — BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...