10 Disember 2012

Pulak Dah ! Ahli Parlimen Jerantut Buat U-Turn ?


Sejak malam tadi beberapa rakan termasuk pemimpin parti politik menelefon saya mahukan pengesahan apakah ahli Parlimen Jerantut Tengku Azlan Sultan Abu Bakar telah mengumumkan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat. Saya sebenar tidak mengetahui maklumat itu dan tidak pun dibayangkan sesiapa sebelum ini yang Tengku Azlan akan meninggalkan Umno.

Apa yang pernah dibisikkan kepada saya Tengku Azlan tidak akan mengekalkan kerusi parlimen Jerantut, itu saja. Beliau dikatakan tidak akan bertanding di dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun menjelang raya puasa baru-baru ini terdengar desas desus mengatakan beliau menarik balik hasrat itu ada sebab-sebab tertentu di mana beliau akan mengekalkan kerusi Jerantut.

Saya telah cuba mendapat pengesahan dengan Pesuruhjaya Pas Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Tuan Ibrahim dia juga ada dengar begitu; pada mulanya Tengku Azlan dah nak lepas kerusi Jerantut tetapi kini terdengar pula desas desus dia akan bertanding kembali.

Sejak pagi pagi tadi saya menghubungi beberapa orang rakan Tengku Azlan termasuk Mazlan Datuk Harun. Menurut Mazlan apa yang beliau ketahui, Tengku Azlan tidak keluar dari Umno tetapi dia mengumumkan akan bersara dari politik.

Kata Mazlan kekeliruan mengenai status Tengku Azlan ini ekoran salah lapor akhbar berbahasa Tamil yang melaporkan Tengku Azlan keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat.


"Tidak Tengku Azlan tidak keluar Umno, dia hanya mengumumkan - memberi tahu wartawan akhbar itu yang beliau akan bersara dalam politik, bukan keluar Umno," jelas Mazlan. Penjelasan Mazlan itu menyapu tanda tanya mengenai kedudukan Tengku Azlan. ~mso


Tengku Azlan tidak keluar Umno tapi sertai Amanah - Laporan FMT

Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

PETALING JAYA: Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan beberapa blog.

Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Perkata ini disahkan oleh Adun Tahan Ahmad Jaafar yang juga naib ketua Umno bahagian Jerantut ketika dihubungi hari ini.

“Saya telah mengesahkan perkara ini dengan orang kuatnya. Datuk Seri Tengku tidak keluar parti, beliau hanya sertai Amanah.

“Tetapi beliau masih ahli parlimen Jerantut dan ketua Umno bahagian ini,” katanya lagi.
Ahmad juga menjelaskan, Tengku Azlan beberapa kali memberitahu tidak berminat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu dikatakan mahu terus menjadi ketua Umno bahagian Jerantut.

Tengku Azlan menjadi ahli parlimen dan ketua Umno Jerantut sejak tiga penggal lalu.

Sebelum itu beliau pernah menyertai parti Melayu Semangat 46 apabila parti itu dithubuhkan oleh Tengku Razaleigh selepas kalah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan presiden Umno pada tahun 1987.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka kembali semula ke pangkuan Umno.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Dia ni ahli parlimen tempat aku ni Jerantut. Dia ni memang terkenal dgn sikap x de pendirian gini. Orang raja mana nak bela nasib rakyat. Nak mentekedarah je. X percaya, tanya la orang Pekan. Diorang kalau nampak raja, paling muka je. Dulu dia lah antara ahli parlimen termasuk dalam 16 september. Dah berapa kali kata x nak bertanding tp bertanding jgk. Orang dah biasa senang dr kecil, bukan pernah rasa susah. Jiwanya tak kental pun. Mcm ni nak harapkan jadi pemimpin kita? Sama la Najib pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...