13 Disember 2012

HOT ! Siapa Saksi Rahsia Akan Dipanggil ICAC Akan Terbongkar !!!



ICAC akan panggil saksi ‘rahsia’ dan Lajim Ukin untuk beri keterangan

Ketua delegasi KEADILAN ke Hong Kong, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi yakin Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) akan memanggil saksi ‘rahsia’ yang tampil memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai penglibatan ahli perniagaan Michael Chia dalam kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Katanya, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang membuat akuan bersumpah (SD) menafikan RM40 juta adalah derma politik kepada Umno, juga akan dipanggil ICAC untuk beri keterangan berhubung perkara itu.

Menurut Rafizi, semasa pertemuan dengan empat lagi rakan sejawatnya bersama ICAC pada semalam 13 Disember waktu Hong Kong, bukti-bukti dan dokumen diserahkan kepada pihak tersebut dalam sesi keterangan yang memakan masa sejam itu.

Mereka juga mengadakan pertemuan susulan dengan Ahli Majlis Perundangan Hong Kong yang juga Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang Majlis Perundangan yang bertanggungjawab menyelia ICAC, James To.


Delegasi KEADILAN disertai Ahli Parlimen (MP) Selayang, Wiliam Leong, Hee Loy Sian (MP Petaling Jaya Selatan), Chang Lih Kang (Adun Teja) dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN merangkap Ketua Cabang Penampang, Darell Leiking.

“Saya yakin bukti-bukti dan dokumen yang diserahkan, termasuk keseluruhan penyata bank dan urusniaga keluar masuk wang ke dalam akaun bank dua buah syarikat yang dikaitkan dengan Chia (iaitu Zenique Investments Ltd dan Blisstop Corporation Ltd) di Hong Kong merupakan bukti baru dan dokumen yang belum diperolehi oleh ICAC.

“Begitu juga dengan akuan bersumpah Datuk Lajim yang menafikan wang RM40 juta adalah derma politik kepada Umno kerana ia tidak pernah diumumkan kepada pengurusan Umno Pusat atau Umno Sabah, yang dipandang serius oleh ICAC.

“Malah, saya yakin ICAC akan memanggil saksi rahsia yang beri keterangan dan maklumat dalaman mengenai Chia kepada ICAC. Saya juga yakin Datuk Lajim akan dipanggil untuk memberi keterangan di Hong Kong,”
kata Rafizi dalam kenyataan pagi ini.

Bagaimanapun, kata Rafizi, ICAC memohon kerjasama rombongan untuk tidak membuat kenyataan lanjut mengenai kes ini mengikut prosedur mereka bagi melindungi kerahsiaan siasatan.

Ekoran itu, pihaknya tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti yang diputuskan ICAC.

“Saya beranggapan permintaan ICAC supaya butiran siasatan setakat ini dirahsiakan mengesahkan bahawa ICAC memandang serius kes ini dan akan mengambil tindakan susulan termasuklah memanggil saksi-saksi,” katanya.

Tambah Rafizi, walaupun ICAC tidak mengesahkan secara rasmi bahawa kes ini dibuka semula, keseriusan dan perhatian yang diberi mengenai kerahsiaan kes membayangkan bahawa siasatan penuh akan menyusul.

“Pertemuan dengan YB James To juga membuahkan hasil. Beliau turut menerima salinan bukti dan dokumen atas tanggungjawab beliau sebagai Naib Pengerusi, Panel Keselamatan dan Undang-undang.

“James To memaklumkan kepada delegasi bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram (money laundering) yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain.

“Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia,”
jelas Rafizi.

Katanya, perkembangan sihat ini akan terus disusuli dengan kempen-kempen penerangan terbaru di Sabah dan seluruh Malaysia untuk meningkatkan tekanan supaya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara menyiasat kembali kes ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...