05 Disember 2012

Panas ! Kerana Kebodohan dan Kroni Kerajaan BN ..Penswastaan Bekalan Air Langkawi jadi reba kpd. Rakyat Kedah !!!


Perjanjian dengan Syarikat Taliworks Langkawi merugikan 

Di zaman BN, Taliworks dilantik sebagai operator air Langkawi dengan kontrak sehingga 2020. Terma perjanjian sangat merugikan kerajaan negeri kerana kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA) mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.80 untuk satu meter padu air. Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian.
Penswastaan kepada Taliworks menyebabkan Kerajaan terpaksa membayar RM25 juta setahun sedangkan hasil hanya RM14.0 juta sahaja.

 Kadar bayaran terhadap Taliworks itu semakin meningkat setiap tahun seperti tercatat dalam perjanjian. Kerajaan terpaksa tanggung setahun RM25 juta, bermakna RM125 juta untuk lima tahun.

Penswastaan dengan perjanjian yang berat sebelah hanya menguntungkan kontraktor yang dilantik Taliworks Langkawi Sdn.Bhd (TLSB) semasa Osman Arof menjadi MB, ada berapa perkara yang meragukan dalam terma perjanjian penswastaan tersebut.


1. Dengan kadar harga yang tinggi RM1.80 satu meter padu yang di caj kepada kerajaan sekarang (SADA) padahal kadar yang dicaj :

tarif demostik hanya antara RM0.50- RM1.30 sahaja
tarif perniagaan hanya antara RM1.40 - RM1.80
Maknanya kerajaan terpaksa membayar lebihan daripada yang dicaj kepada pengguna kepada TLSB
.



2. TLSB akan memproses air mentah di loji hakmilik kerajaan dan mengepam ke Tangki Graviti kemudian air bersih dicaj pada meter utama di paip turun utama selepas Tangki graviti  jadi setiap meter padu akan dimeterkan tanpa sebarang kehilangan. Kemudian akan dicaj kepada SADA jadi segala kehilangan selepas meter akan ditanggung oleh kerajaan. Kadar kehilangan Air (NRW) di Langkawi antara 38% -48% jadi jumlah kehilangan ini semuanya akan ditanggung oleh SADA.


    Apabila sesuatu perjanjian penswastaan tentu kita merasakan dapat perkhidmatan yang cekap & efisan jadi tidak masuk akal NRW masih lagi tinggi  yang terpaksa ditanggung oleh SADA...dari segi standard sepatutnya NRW sekitar 12% - 15% selepas penswastaan.

3. Segala kerosakan  peralatan, paip dan perkhidmatan akan dicaj lagi kepada SADA.

4. Segala kemudahan Asas Loji, paip adalah  hakmilik kerajaan maknanya TLSB hanya menyediakan pekerja, bahan kimia dan pengurusan sahaja.



Berita Berkaitan


Kerajaan tanggung rugi angkara penswastaan terdahulu


ALOR SETAR - Taliworks Sdn. Bhd. Langkawi dan Air Utara Indah Sdn. Bhd. adalah dua buah syarikat yang mendapat projek merawat air yang kontraknya berakhir pada 2020 oleh kerajaan terdahulu.

Demikian didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Dato’ Adzmi Haji Din dalam temubual dengan Warta Darul Aman.

Bagi Langkawi, katanya, untuk tahun 2009 kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM39 juta kepada Taliworks sedangkan kutipan hanya RM14 juta sahaja. Bermakna kerajaan terpaksa top up RM25 juta.

“Begitu juga dengan Air Utara Indah, berdasarkan caj 18 sen bagi satu meter padu kerajaan terpaksa menanggung kerugian nilai air tidak berhasil sebanyak 48 peratus dan kerajaan tidak mendapat apa-apa hasil dari projek ini,” ujarnya.

Mengenai SADA, beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri telah mengkorporatkan operasi bekalan air daripada Jabatan Bekalan Air (JBA) kepada SADA pada 1 Januari 2010, bukan diswastakan seperti yang dilakukan kerajaan dahulu dengan Taliworks dan Utara Indah.

Kedah mempunyai lima empangan yang membekalkan air mentah untuk domestik dan pertanian iaitu Empangan Muda, Pedu, Ahning, Beris dan Bukit Malut di Langkawi.

Menurut Dato’ Adzmi, Pulau Pinang dan Perlis turut menggunakan air percuma dari empangan yang terdapat di Kedah dengan cara air dari Empangan Beris dilepaskan ke Sungai Muda untuk Pulau Pinang dan Perlis menyedutnya dari sungai di Kodiang.

Katanya, untuk urusan memproses air Kedah mempunyai 39 takungan imbangan, 244 takungan rawatan dan 75 tangki pam sedut.

Semua bekalan air disalurkan melalui sistem akaun bermeter dan statistik bagi tahun lalu untuk industri sebanyak 46,172 akaun, domestik 451,405 akaun dengan jumlah keseluruhan 497,578 akaun dan jumlah Bulk Rate 1.

Keseluruhan keperluan air Kedah ditampung oleh 33 buah loji termasuklah 23 milik SADA dengan kapasiti 480 mld (million liter per day – juta liter sehari), Taliworks Langkawi mempunyai lima buah dengan keupayaan 87 mld dan Air Utara Indah sebanyak lima buah dengan kapasiti 641 mld.  


Kedahkini 

1 ulasan:

zulsharif berkata...

Apa susah... batal perjanjian. atau suruh Osman Arof yg bayar.... Bukan Kerajaan Kedah skrg yg buat perjanjian......

X pun SADA ambil alih secara total pengurusan di Langkawi....

Buat BRUTAL skit... baru depa tauuuuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...