12 Oktober 2012

Panas ! Jawatan Baru Pada Nasha " Duta Pas Dalam Umno ".....?


Kebelakangan ini Nasaharudin kerap mengeluarkan
kenyataan berpihak kepada Umno juga kita lihat
apabila Hasan Ali gagal mempengaruhi rakyat ,Umno
terpaksa memperkudakan Nasaharudin pula.

Peranan media memusatkan kenyataan Nasha membuatkan
Pas membuang masa untuk melayan isu ini. Terpulang kepada
Pas sendiri untuk bertindak...... 



Mahfuz: Umno-Nasha boleh kerjasama tanpa Pas



 Pas hari ini menegaskan pemimpin Umno dan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa boleh meneruskan kerjasama politik, jika itu yang diinginkan, tetapi tanpa kehadiran Pas.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas juga tidak mempunyai masalah sekiranya Umno mahu meneruskan perbincangan dengan Nasharudin, yang dilihat lebih dekat dengan parti teras Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, juga tidak pernah membincangkan perkara tersebut dengan pemimpin-pemimpin Pas sebelum ini.

"Kita tak kisah, minta pemimpin Umno, bolehlah bekerjasama dengan dia(Nasharudin).

"Sebelum ini pun, dalam mesyuarat Majlis Syura, dia tak datang, dia tak pernah pun usulkan kepada kami, jadi Pas tak kisah kalau mereka (Umno-Nasharudin) nak teruskan pun," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini, di lobi Parlimen, di sini.

Kata Mahfuz, "selama ini pun dia sudah ada pakatan dengan Umno... jadi kalau dia hendak teruskan, itu pasal dialah."


Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Nasharudin yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

“Saya harap kepimpinan Pas dapat mengesahkan persetujuan mereka terhadap kenyataan Nasharudin ini,” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh.

Justeru, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kedua-dua Umno dan Nasharudin boleh meneruskan perbincangan mereka tanpa Pas


Kelmarin, Nasharudin dipetik berkata, Pas tidak seharusnya mengutamakan kuasa semata-mata dan meletakkan soal Islam di tempat kedua. Kenyataan itu mendapat reaksi berbelah-bahagi di kalangan pemimpin kanan Pas

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dok pi buat ulasan lagi, biaq pi la kat dia dengan cita-cita dia nak tengok PAS dok belaga, kalau dok layan dia seronok la lagi cekang pula tocang dia, dia dah jadi mangkok hayun, UMNO peguna/pekuda dia tak sedaq, pi mampuih la kat dia

Tanpa Nama berkata...

Ntah...toksah dok layan dia..dia bukan naib presiden PAS dah.....

Gila jawatan tu....mana bleh jadi pemimpin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...