09 Oktober 2012

Kantoi ! Mahathir di Mahkamah....Pengambilan Tanah PKFZ ,Kerajaan Mahu Nilai Terendah


Dr M pertahan PKFZ, kata pengambilalihan secara paksa buat beliau tidak popular


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak bersetuju dengan pengambilalihan tanah secara paksa ke atas projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), walaupun beliau tahu cara itu dapat menyelamatkan wang kerajaan.October 08, 2012


Beliau berkata, amalan pengambilan secara paksa itu akan membuatkan dirinya menjadi ahli politik yang tidak popular, kata bekas perdana menteri itu ketika menjadi saksi kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang sedang dibicarakan kerana menipu Kabinet dalam pembelian tanah untuk projek PKFZ.

“Tidak, selalunya apabila kerajaan mahu mengambil alih tanah, nilainya diletakkan sangat rendah kerana pegawai kerajaan mahu membantu kerajaan untuk menjimatkan wang,” kata Dr Mahathir selepas menjawab soalan dari peguambela Wong Kian Kheong.

“Sebagai ahli politik yang bergantung kepada populariti, saya tidak menggemari untuk membeli tanah dengan nilai yang diberikan oleh kerajaan. Ini akan membuatkan saya tidak popular dan status saya bergantung kepada populariti saya,” katanya lagi.

Dr Mahathir juga ditanya oleh Wong adakah beliau akan mengambilalih secara paksa semasa beliau menjadi perdana menteri, menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas.

Dr Mahathir memberitahu Wong bahawa kerajaan mahu mengambilalih secara paksa pada tahun 2002.

Bekas Perdana Menteri itu juga memberitahu mahkamah bahawa dia atau mana-mana menteri kabinet tidak membuat aduan polis ketika Kabinet ditipu apabila meluluskan projek PKFZ.

Beliau juga memberitahu pegawai polis memberitahunya jika penyiasat bertanya kepada dirinya, Dr Ling tidak akan dikenakan sebarang dakwaan melakukan jenayah.

Dr Ling, yang menjadi menteri pengangkutan selama 17 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2003, didakwa menipu Kabinet dengan meluluskan pembelian tanah seluas 999.5 ekar untuk projek PKFZ, yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.

Projek yang pada mulanya bernilai RM1.1 billion pada tahun 1997, telah meningkat menjadi RM4.6 billion pada 2007.

Menurut firma audit PricewaterhouseCoopers (PwC) berkata pada tahun 2009, kos projek tersebut kadar faedah dari pembayaran hutang boleh mencecah RM12.5 billion.


Sejak Disember 2009, enam individu telah didakwa ke mahkamah termasuk bekas presiden MCA, Dr Ling dan pengganti beliau sebagai menteri pengangkutan, bekas timbalan presiden Tan Sri Chan Kong Choy.

Kedua-duanya dituduh menipu kepada Kabinet.

Dr Ling juga menghadapi dua tuduhan alternatif dengan dakwaan menipu Kabinet dengan membeli tanah tersebut dengan harga RM25 per kaki persegi termasuk 7.5 peratus kadar faedah — telah diketahui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun tidak ada sebarang perjanjian.

Beliau menghadapi hukuman penjara selama tujuh tahun, denda atau keduanya jika didapati bersalah di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...