23 September 2012

Sabah Antara Negeri Terkaya...Rakyat Apa Yang Dapat..?



Malas nak komen.....tengok dan nilai sendiri

Selepas tsunami 2008 dan september 16 kerajaan Najib telah banyak menumpukan peruntukan luar bandar ke Sabah kebetulan Menteri yang berkenaan dari negeri ini, jelas ada yang tidak kena dengan cara peruntukan diagih dan dibelanjakan.....

Gambar ini diambil dari rakan admin di FB :


Puteri Pas....komen penuh
8 jam yang lalu 

Gambar ini di ambil dri seorg sahabat fb...beliau mengatakan ini kawasan pendalaman di sabah....di manakah pemimpin2 umno yg melaungkan kebajikkan rakyat di utamakan??? sedarkah anda...ini berlaku di MALAYSIA.....
 — bersama Pak Tam KamalKakarocts DbzUmno Nazak dan 47 yang lain

BERITA BERKAITAN:



JIKA Hang Tuah dibangkitkan semula, sudah pasti dia kebingungan kerana Petualang Negara seperti Naib Presiden UMNO boleh dijulang sebagai pemimpin dan dipuja sebagai 'Wira' sekalipun mengkhianati ibu pertiwi.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi membuat tamsilan demikian bagi membayangkan kelicikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memperdaya Kerajaan Malaysia bahawa Projek NKRA yang dijalankan kementeriannya adalah efisyen, efektif dan ekonomik.

Kata Citra, mungkin disebabkan kedudukan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Kabinet Malaysia, maka SPRM terlalu lembab menjalankan siasatan terhadap beliau yang telah dilapor melakukan amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam beberapa projek NKRA sebelum ini.

Citra meluahkan kebimbangannya berhubung kemungkinan salah seorang Menteri Kewangan juga turut terlibat dalam Skandal Rasuah dan Salahguna Kuasa bersama Shafie meluluskan Projek NKRA kepada syarikat kroni dan kontraktor Ali-Baba dan tidak layak.

"Kita bimbang kerana terdapat indikator penglibatan Menteri Kewangan disebabkan Had Kuasa meluluskan projek Menteri KKLW hanya RM10 juta sahaja; sedangkan kebanyakan projek NKRA yang diluluskan kepada kroni dan kontraktor Ali Baba melebihi RM10 juta," ujar Citra yang mendesak agar SPRM tidak berdolak-dalih ketika menjalankan siasatan, lanjutan daripada beberapa laporan rasmi SPRM terhadap Shafie yang dilakukan beliau dan AMK.

Tegas Citra, siasatannya mendapati kebanyakan tender NKRA KKLW telah ditolak oleh Kementerian Kewangan Malaysia disebabkan gagal mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Akta Acara Kewangan; namun agak menghairankan kerana akhirnya kontrak berkenaan diteruskan juga setelah mendapat Pengecualian Tatacara Tender Tawaran Biasa daripada Menteri Kewangan.

Contoh paling ketara kata Citra, tindakan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan CIDB meluluskan penukaran nama syarikat milik keluarga terdekat dan kroni Shafie daripada Sama-Sama Maju Sdn.Bhd kepada Pembinaan Asal Jadi Sdn Bhd tanpa alasan munasabah adalah jenayah terancang iaitu perbuatan jenayah menghapuskan bukti setelah membuat akuan palsu ketika menyertai tender kerajaan.

"SPRM, SSM dan CIDB tahu bahawa Sama-Sama Maju Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kelayakan untuk menyertai tender tertutup sehingga memaksa syarikat berkenaan memalsukan semua maklumat syarikat termasuk KWSP, kelayakan jurutera, kewangan, kakitangan dan pengalaman kerja syarikat; namun agak hairan bagaimana semua agensi ini oleh membenarkan penipuan dilakukan di siang hari?" tanya Citra yang mengakui telah memberikan segala masklumat syarikat berkenaan kepada SPRM dalam laporannya sebelum ini.

Bagi menghilangkan jejak, kata Citra, Shafie telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mempengaruhi semua agensi terlibat seolah-olah Sama-Sama Maju Sdn.Bhd tidak pernah melakukan kesalahan atau menipu kerajaan untuk mendapatkan tender berkenaan



 



"Begitu mudah mencuci dosa dan noda Sama-Sama Maju Sdn.Bhd dengan menukar nama syarikat kepada Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd yang menggunakan nombor pendaftaran SSM yang sama iaitu 789094-K," kata Citra yang merujuk nombor pendaftaran syarikat yang sama.

Mengikut rekod KKLW dan CIDB kata Citra, pihaknya mengesan Sama-Sama Maju Sdn.Bhd telah dianugerahi dua projek NKRA iaitu KKLW/BALB/100/2011-Projek Bekalan Air Graviti Mukim Keranaan, Ranau pada 11-07-2011 bernilai RM35.5 juta dan KKLW/BALB/63/2011-Projek Sistem Bekalan Air Di Kampung Maligan, Sipitang pada 27-06-2011 bernilai RM26.640 juta.

Lembaga Pengarah Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd dan Sama-Sama Maju Sdn.Bhd kata Citra ialah orang yang sama ketika syarikat berkenaan mendapat projek iaitu Harlinah Binti Abd Kadir dan Khairul Aziah Binti Hassan.

"Kita sudah mengenalpasti bahawa Sama-Sama Maju Sdn.Bhd dimiliki oleh saudara terdekat Shafie iaitu Hj.Hassan Bin Osman. Tetapi oleh kerana Haji Hassan telah bankrap, maka beliau melantik anaknya Khairul Aziah Binti Hassan agar terus menjadi proksi Shafie Apdal," kata Citra yang telah mengecam pejabat baru operasi Sama-Sama Maju Sdn.Bhd telah berpindah ke bangunan yang sama dengan Restoran Kak Nong di Harbour City, Sembulan.

Kedua-dua adik Shafie iaitu Datuk Mohd Yusof Apdal dan Haji Hamid Apdal, kata Citra, telah mengambil alih operasi Sama-Sama Maju sejak bergabung dengan Pembinaan Asal Jadi Sdn.Bhd dan dalam masa yang sama sedang diburu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana beberapa kes pemalsuan dokumen syarikat dan identiti.

"Kita yakin bahawa semua tuduhan yang kita kemukakan kepada SPRM sebelum ini adalah berasas dan mempercayai ada bukti yang melampaui keraguan munasabah. Jika tidak mereka tidak akan tergesa-gesa menggabungkan dua syarikat berkenaan dan memusnahkan semua bukti. Tidak apa, CCTV Tuhan tidak pernah padam walau mereka sorok ke lubang cacing," ujar Citra sambil tersenyum sinis dengan kelicikan Shafie dan adik beradiknya selama ini.

Citra membayangkan pihaknya akan membongkar Skandal Projek Top-UP yang dilakukan Shafie dengan bantuan adik beradiknya; terutama komisyen RM2 juta seetiap seorang daripad mereka dan bukti wang haram simpanan Yusof Apdal di sebuah Bank Perdagangan di Singapura, sekurang-kurangnya USD 300 juta; sebahagian besar untuk kegunaan PRU-13 jika beliau dicalonkan di Parlimen Silam.


Dalam salah satu laporan polisnya yang dibuat di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa;

“Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta. 

Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan. Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan.

 Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu. Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni. Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya.”

Anda mungkin berminat mengikut laporan ini;




Atau anda mungkin berminat menonton video PENTING ini;

JACKPOT! NKRA UNTUK KRONI?  - Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

Kedahkini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...