26 September 2012

PRU 13 akan tunjukkan sama ada Melayu akan tolak Umno




 Pilihan raya umum akan datang bakal mendedahkan sama ada majoriti orang-orang Melayu sudah bersedia untuk meninggalkan “jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno selama 55 tahun yang lalu” dan mencari jawapan lain kepada masalah-masalah yang mereka hadapi, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri Umno itu berkata beliau merasakan parti nasionalis Melayu itu takut minda masyarakat berubah sehingga mendorong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghukum “Melayu tak bersyukur “ baru-baru ini.
Beliau memberikan pandangan selepas kajian Universiti Malaya yang menunjukkan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negara walaupun sokongan semakin meningkat untuk Pakatan Rakyat (PR).
“Pilihan raya ini, lebih daripada sebelumnya, akan menunjukkan jika Melayu dan kaum Bumiputra sudah bersedia untuk meninggalkan jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno 55 tahun lalu,” kata Zaid melalui e-mel kepada The Malaysian Insider.
“Pilihan raya ini akan menunjukkan jika mereka sudah bersedia untuk mempercayai diri.
“Untuk sekian lama, mereka memegang amanah tersirat dan memberikan sokongan mutlak terhadap pemimpin-pemimpin mereka.
“Persoalannya adalah, apakah mereka akan terus berbuat demikian atau mereka akan berusaha jawapan alternatif kepada banyak masalah yang dihadapi kehidupan harian mereka,” katanya.
Dr Mahathir mengatakan Melayu “tidak bersyukur” dan “kurang kecerdasan”, serta memberi amaran bahawa ketamakan kuasa beberapa pemimpin Melayu dalam pembangkang akan menyebabkan bangsa dominan negara kehilangan kuasa politik.
Kecaman panjang terhadap orang Melayu dalam Mingguan Malaysia mingguan Ahad lalu, Dr Mahathir menyatakan kesedihan menyaksikan orang Melayu kini kononnya berpecah kepada tiga kumpulan dan mengatakan ini menyebabkan mereka “mengemis” bagi mendapatkan sokongan daripada kaum-kaum lain.
“Siapa yang membawa bencana ini? Tiada siapa selain daripada Melayu itu sendiri — Melayu tamak, Melayu kurang kebijaksanaan, Melayu mudah dipengaruhi oleh nafsu, mudah dikuasai oleh kebencian apabila gelisah,” kata Dr Mahathir.
Zaid, yang membina perkongsian terbesar firma undang-undang negara sebelum memasuki politik, telah mengecam kenyataan Dr Mahathir itu, dengan berkata sanggup menjadi Melayu tidak bersyukur daripada dianggap bodoh.
“Saya rasa bahawa Umno kini takut dengan perubahan minda Melayu. Itu sebab mengapa mereka ketua ideology mereka, Dr Mahathir melancarkan serangan berterusan ke atas apa yang beliau panggil Melayu tidak bersyukur. Melayu bukannya tidak bersyukur, akan tetapi, mereka baru sahaja menemui kehidupan tanpa Umno,” katanya 
Pemerhatian beliau selepas kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya mendapati BN mendapat 44 peratus sokongan di kalangan mereka yang ditinjau, penurunan berbanding keputusan Mac lepas yang berjumlah 49 peratus.
Terdapat peningkatan bilangan orang-orang yang percaya bahawa PR boleh mengambil alih Putrajaya, daripada 21 peratus Mac hingga 30 peratus dalam kaji selidik “Trend Mengundi Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13” yang dijalankan dari 1 – 16 September.
Keputusan kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa PR mungkin akan terus menang di Selangor dan Kedah akan tetapi terdapat penurunan sokongan di kalangan penduduk Kelantan terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS.
Kaji selidik dari muka-ke-muka yang tmelibatkan 1,536 responden dari semua tiga kumpulan etnik utama. Setiap orang telah dipilih secara rawak untuk menjawab kaji selidik berstruktur.
Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa populariti Najib telah jatuh dari 61 peratus pada Mac kepada 58 peratus bulan ini
Kedahkini

1 ulasan:

tokgaru berkata...

PRU 13 memang sangat bermakna kepada melayu. PRU 13 akan menentukan samada melayu sebagai pribumi masih memagang tampuk pemerintahan atau melayu diperintah oleh kaum pendatang.

Melayu dalam keadaan serba salah. Nak tinggalkan Umno dan pergi kepada Pas. Masalahnya Pas semacam di remote control oleh DAP. Nak pergi kepada PKR. Masalahnya perjuangan Anuar caca merba, tak ada agenda melayu kita masih boleh terima lagi, tapi agenda islam langsung tak ada dalam PKR.

Maka nampaknya Umno masih lagi relevan untuk survival melayu. Tak kisah Umno tak sebut nak buat Hudud. Tak kisah juga Umno tak sebut nak tubuh Negara Islam.

Yang penting kita boleh nampak dan rasai perkembangan islam is on going di bawah pemerintahan sekarang. Tak kisah rakyat sendiri tak iktiraf, tapi pemimpin negara luar kagum dengan malaysia.

Hanya melayu yang telah dibutakan mata dan hatinya saja yang nampak lebih banyak buruk Umno daripada baik Umno.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...