12 Julai 2012

RAJA BOLEH DIKRITIK JUGA BOLEH DISAMAN

Raja boleh dikritik, kata bekas mufti

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan menyatakan di mana seorang Sultan boleh dibawa ke mahkamah atau disaman.

Undang-undang membenarkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. "Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.



KUALA LUMPUR, 12 Julai — Tokoh Islam terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka — mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini.


Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.

Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.

Dr Asri (gambar fail) menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.

Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.

“Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.

Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad.

Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu.

“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter‏ nya, @realDrMAZA.

Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah.

Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.

“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.

Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu.

Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter.

“Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?” tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal.

Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik.

“Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan.

“Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian ramai pd parti trsebut,” jawab Dr Asri.

Pemimpin NGO dan parti pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang dikritik itu benar.

Dalam usaha untuk memulihkan imej beliau sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan selewat-lewatnya April depan, perdana menteri mengumumkan pelan pentadbirannya untuk meminda akta berusia 64 tahun itu dan menggantikan dengan akta baru yang dinamakan Akta Keharmonian Nasional.

“Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.

“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” lapor The Star.


Saturday, February 7, 2009
Mahathir: Sultan boleh disaman

SERI KEMBANGAN: Undang-undang membenarkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.


Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar BN yang baru.

Majlis itu berlangsung petang semalam di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.


Kata beliau, Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini, kata beliau pada sidang akhbar beberapa jam sebelum upacara tersebut.
-mstar



Sultan boleh disaman: Saksi
Posted on March 17, 2010 by pemudasarawak
Posted by rakyat marhaen


KUALA LUMPUR – Dua saksi yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes Karpal Singh yang didakwa membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bersetuju bahawa Sultan boleh diambil tindakan mahkamah atau disaman.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tanjung, Jefri Salim dan Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd Helmi Ismail, 63, itu sekiranya perkara tersebut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. jefri adalah saksi pendakwaan ke 11 sementara Mohd Helmi saksi ke-17 masing-masing memberi keterangan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Azman Abdullah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Kedua-duanya bersetuju dengan cadangan Karpal pada sesi pemeriksaan balas peguam itu, bahawa Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan menyatakan di mana seorang Sultan boleh dibawa ke mahkamah atau disaman.

Karpal yang juga Pengerusi DAP didakwa membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya di Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di sini, antara 12 tengah hari dan jam 12.30 tengah hari, 6 Februari tahun lalu.
Kedua-dua saksi tersebut dalam keterangannya mendakwa, rasa terpanggil membuat laporan polis terhadap kenyataan Karpal itu kerana setia kepada Sultan dan Institusi Diraja bukannya atas arahan sesiapa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...