29 Februari 2012

UNDI MELAYU PECAH, KERANA UMNO TAK BOLEH HARAP!!!

Bukan Setakat Undi Melayu, Undi Cina Dan India Sudah Lama Pecah!

Debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjamin undi kaum Melayu akan kembali bersatu.

Ini kerana menurut bekas Presiden MCA Ong Tee Keat undi Melayu memang sudah lama pecah sejak zaman kemerdekaan, begitu juga dengan undi kaum Cina dan India.

“Sama ada perpecahan yang bermanfaat atau tidak itu terpulang kepada interpretasi masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel wacana ‘Mengapa Undi Melayu Pecah’ anjuran Sinar Harian di sini semalam.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad berkata sebaliknya debat mampu memberi ruang lebih terbuka kepada rakyat untuk memilih berdasarkan kekuatan hujah yang dibentangkan Anwar dan Najib.

Katanya melalui debat rakyat akan mendapat maklumat yang lebih tepat sekaligus dapat membuat keputusan dengan rasional.

Sekaligus dapat memberi lebih ruang kepada kaum Melayu berfikiran wajar memilih parti yang mampu membela nasib Melayu pelbagai lapisan.

“Kalau tiada debat, media akan 24 jam hentam (pembangkang) dan rakyat tiada akses untuk tahu perkara sebenar,” katanya.

Walau bagaimanapun, Ong menegaskan debat itu nanti perlu mempunyai matlamat yang jelas dan bersifat realistik, bukan hanya debat mempromosikan manifesto masing-masing.

“Kalau sekadar debat tanpa wawasan seperti menyampaikan ceramah politik biasa itu tak kemana,” katanya.

Umno hilang sokongan

Sementara itu, pemimpin PKR Datuk Seri Chua Jui Meng menegaskan perpecahan undi itu hanyalah satu persepsi Umno yang semakin sorot undi kaum Melayu.

Beliau berkata sikap kerajaan yang selama ini merampas ekuiti RM52 bilion Bumiputera turut menjadi punca Umno hilang sokongan.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Ruslan Kassim pula menyambut baik debat antara Najib dan Anwar.

Beliau menolak persepsi bahawa Perkasa menjadi kuda tunggangan parti pemerintah tetapi beliau percaya NGO itu kekal menjadi kuasa ketiga yang mempertahankan Perlembagaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...