27 Februari 2012

Bekas ketua hakim dan peguam Umno diberi kontrak RM2.2 bil, Najib diam saja


Satu kontrak bernilai RM2.2 bilion bagi pembinaan lebuh raya baru-baru ini telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan peguan Umno Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara Zaki Azmi. Adakah pemberian kontrak yang lumayan kepada Kinrara Lebuhraya-Damansara (Kidex) Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd dijalankan melalui proses tender terbuka?

Berita tentang perjanjian itu juga mencetuskan spekulasi bahawa Zaki dan Hafarizam, dua orang yang penting dalam krisis perlembagaan Perak pada tahun 2009, telah dianugerahkan kontrak lebuh raya sebagai hadiah untuk membantu Barisan Nasional (BN) menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu. Hafarizam adalah pengarah di kedua-dua firma manakala isteri Zaki, Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, adalah pengarah dalam Emrail.

Bukan yang pertama dan terakhir

Sedihnya, amalan korupsi ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Malaysia.

Sebagai contoh, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed telah memberi projek Westport di Pelabuhan Klang kepada seorang eksekutif pengiklanan yang dinamakan Gnanalingam melalui syarikat yang dikenali sebagai Semakin Ajaib Sdn Bhd sebuah syarikat penghasilan karbon. Europlus, telah dianugerahkan konsesi pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang berjumlah RM7.07 bilion selepas proses rundingan semula yang memudahkan Europlus mendapatnya. Apa lagi yang cerita baru dalam UMNO BN?

Skandal NFC masih segar dalam ingatan kami, dengan dakwaan baru bahawa semasa siasatan oleh Jawatankuasa Audit Negara terhadap skandal penternakan lembu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan jawatankuasa yang menganugerahkan RM250 juta projek fidlot kepad Agroscience Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh suami Menteri Umno , Shahrizat Jalil. Keengganan Pengerusi PAC, Azmi Khalid untuk mendedahkan penemuan jawatankuasa menunjukkan bahawa dia "berada dalam tekanan" untuk melindungi bos BNnya dan pemimpin peringkat tertinggi UMNO yang terlibat dalam projek itu.

Najib mesti jelaskan

Semetara kes lembu masih berada dalam siasatan SPRM, Najib masih boleh meluangkan masa untuk memberi gula-gula kepada kroni-kroni UMNO. Ia bukan soal menjalankan perniagaan, tetapi etika menjalankan perniagaan cara UMNO. Adakah ia wajar untuk menganugerahkan kontrak kepada entiti yang mempunyai hubungan dengan orang-orang yang sangat kontroversi? Hakikat bahawa ia melibatkan seorang peguam dan bekas Ketua Hakim menjadikan pengamal undang-undang mempersoalkannya. Sesuatu yang menjadi tanda tanya adalah adakah kerjasama antara Zaki dan Hafarizam selepas pilihan raya umum pada 2008?

Najib mesti menerangkan mengapa pasangan itu telah diberikan projek berniai RM2.2 bilion bagi pembinaan jalan raya dan juga menerangkan peranan kedua-dua peguam dalam krisis Perak. Sememangnya, ia adalah penting untuk peguam UMNO dan bekas Ketua Hakim Negara membersihkan nama mereka bagi mencerminkan kredibiliti pengamal undang-undang. Di kebanyakan negara-negara maju, hakim , terutamanya ketua hakim tidak digalakkan bergaul dengan peguam kerana mereka tidak mahu dituduh berat sebelah atau menjadikan badan kehakiman dipersolakan. Malah, hakim yang tegas langsung tidak bersosial dengan peguam.

Badan kehakiman dan bisnes besar

Di Malaysia pula, peguam dan ketua hakim tidak berfikir panjang untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dan bersama-sama mendapatkan projek-projek kerajaan yang bernilai berbilion-bilion ringgit. Lebih buruk adalah hakikat bahawa Zaki merupakan bekas peguam UMNO yang menjadi Ketua Hakim Negara dan Hafarizam merupakan peguam UMNO yang ada peranan semasa krisis Perak. Ini menunjukkan tahap penglibatan UMNO dalam rasuah besar-besaran dalam badan kehakiman Malaysia. Bukan sahaja UMNO menganugerahkan projek-projek yang dibiayai awam kepada mereka yang telah berkhidmat untuk kepentingan mereka tetapi UMNO menjadi dalang dalam institusi awam yang seharusnya bertindak bebas daripada eksekutif, yang telah bersumpah untuk melindungi hak rakyat.

Adakah sekarang UMNO akan terus menganugerahkan projek kepada mereka yang berada dalam lingkungan elit mereka supaya boleh bersedia untuk kalah pada PRU ke 13? Dengan cara ini, walaupun kalah, UMNO masih dapat merompak wang rakyat dan membiarkan pentadbiran baru sakit kepala.

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...