01 Julai 2011

SENYAP-SENYAP EON BANK KENA TELAN!

EON Bank diletak hak kepada Hong Leong Bank

Keseluruhan perniagaan EON Bank Bhd, termasuk semua aset dan liabilitinya, telah dipindahkan kepada Hong Leong Bhd Bank (HLBB) mulai hari ini, menurut perintah letakhak yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 17 Jun, 2011.

Dalam satu kenyataan hari ini, HLBB berkata pelanggan dan sekutu perniagaan boleh mengharapkan perniagaan seperti biasa.

Ia berkata seperti semua penggabungan bank, proses integrasi sepenuhnya akan mengambil masa yang lebih lama memandangkan ia melibatkan proses yang kompleks memindahkan semua sistem teknologi maklumat (IT), proses dan dasar kepada satu platform IT.

"Menteri Kewangan telah membenarkan HLBB untuk terus menggunakan nama 'EON Bank Bhd' sehingga tempoh tertantu.

"Bank Negara Malaysia juga membenarkan kami untuk terus menggunakan instrumen transaksi dan pembayaran yang dikeluarkan EON Bank serta mesin teler automasi, kad kredit dan debit untuk tempoh tertentu mulai tarikh letakhak," demikian menurut kenyataan itu.

Ketua Eksekutif/Pengarah Urusan Kumpulan HLBB Yvonne Chia berkata dengan kelulusan daripada pihak berkuasa, bank boleh melaksanakan peralihan yang sewajarnya dengan lancar kepada jenama Hong Leong Bank.

"Dalam tempoh tertentu itu, kami akan menurunkan secara sistematik penggunaan logo, dokumentasi dan instrumen pembayaran seperti cek, buku akaun simpanan dan kad EON Bank," katanya.

Menurut HLBB, tarikh letakhak bagi EONCAP Islamic Bank Bhd akan diumumkan kemudian.

- Bernama

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...