29 Jun 2011

POLIS KIAN MELAMPAU: LANGGAR PARLIMEN

Bersih 2.0: Kit Siang kecam PDRM muncul di Parlimen siasat MP

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa polis melanggar keistimewaan wakil rakyat dengan muncul di Parlimen untuk mendapatkan keterangan anggota Dewan Rakyat Pakatan Rakyat berhubung Himpunan Bersih 2.0 9 Julai ini.

Ahli Parlimen veteran itu (gambar) berkata, beliau tidak pernah menyaksikan persekitaran sedemikian sepanjang empat dekad menjadi wakil rakyat.

“Saya terkejut dan tersinggung apabila mendapati polis hadir di Parlimen hari ini untuk mengambil kenyataan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS–Jerai),” katanya.

“Ini kali pertama dalam ingatan saya sejak menjadi Ahli Parlimen pada 1969 ada anggota polis menceroboh kawasan Parlimen untuk mengambil kenyataan daripada mana-mana Ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim meminta Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar memberitahu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar menghentikan pegawainya mengulangi insiden yang sama pada masa depan.

Malah Lim juga meminta Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bermesyuarat bagi mengecam pelanggaran oleh polis.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...