01 Julai 2011

RHB (KWSP) INGIN TELAN CIMB

Kini RHB Pula Mahu Beli CIMB
01/07/2011



KUALA LUMPUR 1 JULAI : RHB Capital Bhd kini meletakkan sasaran untuk menguasai CIMB Holdings Bhd bagi mewujudkan rangkaian bank terbesar di rantau Asia.

Sasaran itu dibuat selepas perundingan mengambil alih entiti perbankan itu digugurkan minggu lalu.

Akhbar Straits Times dari Singapura melaporkan RHB Capital, yang awalnya menjadi sasaran Malayan Banking Berhad dan CIMB sehingga pertengahan bulan lalu, merancang untuk menggerakkan bidaan itu.

Sekiranya perancangan itu menjadi kenyataan RHB Capital akan mewujudkan sebuah institusi kewangan dengan nilai pasaran RM86 bilion.

Memetik laporan The Malaysian Insider, sumber-sumber perbankan turut mengesahkan perkembangan tersebut.

Menurut sumber kepada The Malaysian Insider, pemegang saham utama RHB iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Aabar Investments bersedia untuk menyediakan dana bagi urusan tersebut.

KWSP mempunyai aset keseluruhan sekitar RM440 bilion.

“Ia akan menjadi bidaan tunai. Pemegang saham utama CIMB Khazanah Nasional Berhad boleh melangkah dengan hampir RM20 bilion jika mereka menerima tawaran itu,” kata sumber.

“Mereka menawarkan 2.5 kali daripada nilai buku,” katanya lagi.-tvs

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...