04 Mei 2011

"OPS TEMBERANG"

OPS SAYANG ATAU OPS TEMBERANG?

SETELAH Sabahkini.net mendedahkan Pusat hiburan dan Mesin Judi Haram yang beroperasi berleluasa di tengah bandar Labuan bulan lalu, hanya kelihatan Jabatan Immigresen sahaja menjalankan ‘Ops Sayang’ lebih kurang satu minggu, tetapi lebih sesuai digelar ‘Ops Temberang’ kerana serbuan terpilih.

Manakala Pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk membanteras kegiatan Mesin Judi Haram yang beroperasi di Tingkat 1, sebelah Kedai Magnum 4D, Pekan Jati yang mempunyai lebih dua puluh buah Mesin; Kedua di tingkat 1, tangga belakang kedai kopi Kentucky dekat AM Bank dan sebuah lagi premis di sebelah tangga Southern Cake House berhampiran hotel Pulau Labuan 1.

Ada lagi beberapa premis yang malas kami dedahkan kecuali jika ada tindakan dari Pihak Polis atau Unit Perlesenan Perbadanan Labuan (mustahil kerana semua dalam payroll Taukey Judi).

Jika tiada tindakan dalam masa seminggu dari artikel ini oleh kedua pihak berkuasa, kami akan hantar maklumat terus ke Bukit Aman dan SPRM untuk tindakan kerana orang awam sudah salurkan maklumat melalui Sabahkini.net dengan alamat yang tepat tapi pihak berkuasa tempatan masih tidur.

Kami juga meminta SPRM memantau tindakan Jabatan Immigresen yang menjalankan ‘Ops Sayang’ kerana kebanyakan pusat hiburan kebal sudah tahu lebih awal ada operasi dijalankan oleh pihak immigresen.

Buktinya, wanita yang tiada Permit kerja disimpan di kuarters di tingkat satu atau di bangunan sebelah karaoke sehingga Operasi ‘Stand Down’. Kami ingin tahu siapa pegawai yang membocorkan rahsia sehingga Tauke Pusat Hiburan yang kebal tahu bila mula ‘Ops’ dan bila ‘Call Off’.

Mengikut maklumat yang kami terima, karaoke Kebal seperti Havana karaoke, Manila Cafe, king Karaoke, Popini,Tip Top, Ginza V8, LPS Karaoke hanya menyimpan 6 hingga 10 wanita yang ada permit Pelayan dan yang lain tunggu di kuarter untuk dihantar ke Hotel dan pelanggan akan memilih di dalam bilik yang dibawa oleh seorang ibu ayam dengan sebuah Van.

Kami harap Timbalan Ketua Polis Negara yang baru, Dato’ Khalid akan hantar Pegawai Polis D7 dari Bukit Aman dan Bahagian Tatatertib bersama Unit PGA ke Labuan untuk menyerbu kegiatan maksiat dan Judi haram tanpa pengetahuan pihak berkuasa tempatan.

‘Berkhidmat Untuk Negara’ bukan Berkhimat Untuk Sindiket Judi dan Pelacuran. Di mana INTEGRITI AMALAN KITA?

Salam Hormat.

WARGA ANTI MAKSIAT DAN JUDI.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau nak tau, ramai pelanggan yang buat maksiat termasuk Melayu Islam. Terutamanya orang-orang besar Petronas yang selalu ke sana dan dilayan macam raja oleh kontraktor-kontraktor dengan minuman keras pelacur2 di pusat2 karaoke. Malaysia negara Islam kah kalau maksiat berleluasa begini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...