19 Mei 2009

PENANTI PR BELUM MENANG LAGI!!!!

Eksklusif: Keputusan Tidak Letak Calon Adalah Satu Helah Untuk Mengaburi Mata Rakyat Dan Mengelakkan Diri Najib Sekali Lagi Dimalukan !!

Pakatan Rakyat telah mendapat kemenangan pertama terhadap Barisan Nasional dengan pukul TKO bila mana PM Najib Razak mengumumkan bahawa BN tidak akan meletakkan calon di Pilihanraya Kecil DUN Penanti hujung bulan ini. Ketakutan yang amat sangat puak-puak UMNO dan BN kepada suara rakyat akhirnya terus menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Belum pernah terjadi dalam sejarah Perdana Menteri terdahulu, mengambil sikap berkecuali dan bacul untuk tidak bertanding dalam mana-mana pilihanraya kecil di negara ini. Apalah nasib malangnya penyokong BN di DUN Penanti, bila kemewahan dan wang ringgit yang mereka harapkan akhirnya tidak kesampaian.


Begitu kecewa sekali pemimpin UMNO Bahagian Permatang Pauh dengan keputusan yang memang sudah dijangka ini. Apapun, keputusan itu jelas sekali Najib Razak rupanya tidak mahu menggunakan "nasihat" dan "dibayangi" oleh sifunya Mahathir Mohamad. Mahathir sebelum ini telah menyatakan bahawan BN harus bertanding di Penanti bagi tidak melemahkan parti dan sokongan rakyat terhadapnya. Apapun keputusan sudah dimaklumkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia, bahawa BN tidak akan menyahut cabaran secara "anak jantan" untuk masuk gelanggang. Ini kerana BN adalah parti "pondan" dan hanya berani berkokok dibelakang, sama seperti apa yang dilakukan oleh Menteri Luar 1Malaysia Anifah Aman di Amerika baru-baru ini. Kenyataan yang cukup berkobar-kobar dilaungkan kononnya Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kiranya beliau berjaya memujuk wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak menyertai Pakatan Rakyat dulu.
Memang sahlah kini bahawa pemimpin UMNO dan BN adalah pengecut dan tidak mempunyai kekuatan lagi.Fairus Khairuddin Pencetus Kemenangan RakyatAlasan yang diberikan kononnya kekosongan kerusi DUN Penanti tidak berlandaskan perlembagaan dan kiranya mereka bertanding akan membazirkan masa dan kewangan, jelas sekali merupakan alasan dangkal untuk menutup kelemahan sebenarnya. Walhak satu dunia tahu yang mereka beriya-iya benar ingin mengaitkan bekas ADUN kawasan terbabit, Fairus Khairuddin (foto) dengan kes rasuahnya atas hasrat beliau akan boleh dibeli dan melompat ke UMNO bagi tidak didakwa. Ini pernah berlaku kepada dua ADUN Pakatan Rakyat di Perak dulu, akibat menyertai BN mereka kini seolah-olah bebas dari pertuduhan rasuah wang ringgit dan seks yang digemabr-gemburkan ketika itu.
Inilah yang berlaku kepada Fairus, akibat tekanan demi tekanan yang diterima oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang itu maka akhirnya beliau terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Bayangkan jika beliau tidak meletakkan jawatan ketika itu dan kesnya didakwa di mahkamah dan didapati bersalah, bukankah kelayakan beliau untuk menjadi wakil rakyat juga turut akan terbatal. Maka itulah amat wajar beliau mengundur diri secara terhormat. Tetapi bukan itu yang dimahukan oleh UMNO dan BN sebenarnya, mereka mahu Fairus melompat parti dan menyebabkan maruah Anwar tercalar di Permatang Pauh. Namun dek kerana semangat juang yang tinggi oleh anak muda itu, akhirnya beliau meletakkan jawatan atas alasan untuk menyambung pelajarannya. Malah dalam masa yang sama terus menyatakan sokongan kepada Anwar. Inilah yang amat tidak digemari oleh UMNO dan akhirnya untuk menutup cerita ini mereka mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan bahawa kes Fairus ditutup kerana tidak ada asa untuk mendakwa beliau. Walhal sebelum itu, SPRM berkobar-kobar menyatakan ada asas untuk mendakwa Fairus ke mahkamah.
Bukankah disini sudah jelas kita dapat melihat permainan politik kotor puak-puak ini sebenarnya.Helah BN Pancing Fairus Lompat Tidak MenjadiAlkisah, maka akhirnya kosonglah kerusi DUN Penanti. Dan dalam masa yang sama juga pemimpin UMNO menyatakan tidak wajar Fairus meletakkan jawatan kerana mencemarkan proses demokrasi dan menipu rakyat di sana. Berkokoklah ramai pemimpin UMNO dan BN menyalahkan Fairus dan mahukan dia menarik balik keputusan tersebut.
Fairus tetap berpegang kepada keputusan meletakkan jawatan. Ini menyebabkan UMNO dan BN mula ketakutan dan merasa tertekan. Lain yang diharapkan maka lain pula yang terjadi. Malah Fairus juga telah hadir dihari pengumuman calon DUN Penanti oleh Anwar ketika itu. Fairus dengan bangganya menyatakan sokonga penuh kepada calon PKR yang dilantik iaitu Dr.Mansor Osman dan akan turut turun berkempen dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan itu nanti. Dalam masa yang sama UMNO dan BN terus terkapai-kapai tanpa haluan. Mereka gusar untuk meletakkan calon di Penanti. Kerana mereka tahu disitu adalah kubu kuat Anwar, dan padah sekali lagi akan menimpa jika mereka bertanding. Maka awal-awal lagi Najib sudah mengumumkan bahawa UMNO dan BN belum pasti akan meletakkan calon. Atas alasan yang semuanya tidak masuk dek akal dan sungguh melucukan. Biarpun ramai juga dikalangan mereka yang mahu BN bertanding atas asas demokrasi dan bagi tidak mencemarkan nama baik parti itu. Namun Najib akhirnya tetap berpegang kepada janjinya "daripada aku sekali lagi dimalukan, lebih baik aku mengundur diri sebagai ponda". Inilah menyebabkan beliau hari ini mengumumkan BN tidak akan meletakkan calon di DUN Penanti.Dr.Mansor ADUN Penanti Dan TKM1 P.PinangKemenangan pertama Pakatan Rakyat sudah bermula dengan pengumuman itu. Biarpun akan ada beberapa orang calon bebas yang akan mencuba nasib termasuk bekas orang kuat wanita PKR Pulau Pinang sendiri, namun semua itu sebenarnya tidak akan membenamkan kekuatan Pakatan Rakyat di Penanti. Akhirnya pilihanraya kecil ini akan kelihatan suram dan tiada serinya. Bukan sahaja di Penanti malahan juga di media arus perdana, yang selama ini dilihat begitu rakus untuk memeutar belitkan isu dan memainkan sentimen rakyat agar menolak pembangkang.
Maka tidak akan dilihat kemunculuan pahlawan dan petualang rakyat seperti Ezam Md. Nor, Lokman Nor Adam termasuk juga Mahathir Mohamad datang membantu. Kemeriahan pilihanraya akan hilang akibat keputusan Najib ini. Maka bolelah juga Pakatan Rakyat secara automatik mengumumkan Dr.Mansor Osman (foto) adalah ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang mulai sekarang. Bukan sahaja tidak perlu menunggu hingga hari pengundian selesai, malah walau siapapun yang menjadi calon bebas di Penanti apa yang pasti memang akan ditolak oleh rakyat hatta pemimpin PAS kawasan sendiri yang kononnya tidak bersetuju dengan calon PKR itu. Malah ada ura-ura yang mereka akan memboikot pilihanraya kecil DUN Penanti itu. Amatlah rugi bila kita tidak dapat lagi melihat kemunculan pemimpin UMNO dalam pilihanraya kecil kali ini. Tahniah buat Pakatan Rakyat kerana berjaya memberi pukulan TKO buat BN untuk menang dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei 2009 ini.
Sila Awasi Helah dan Tipu Daya BN Di PenantiWalau bagaimana sekali pun, harus diingat bahawa keputusan tidak meletakkan calon itu hanyalah helah Najib bagi mengelirukan Pakatan Rakyat. Ini kerana daripada sumber laporan yang diterima, keputusan itu adalah satu "trick" yang memang telah dirancang dari awal bagi mengelakkan dana Najib, UMNO dan BN sekali lagi dimalukan oleh suara rakyat. Melihat kebangkitan suara rakyat di merata pelusuk negara sekarang ini, memang tidak sah lagi bahawa BN bakal berhadapan dengan laluan sukar dalam setiap kali pilihanraya kecil diadakan. Inilah yang menghantui mereka. Lantaran itu jalan yang terbaik, kononnya mengumumkan mereka tidak bertanding.
Maknanya jika Pakatan Rakyat menang sekali pun mereka tidak malu. Namun begitu, jika Pakatan Rakyat kalah maka ia satu tekanan moral kepada para penyokong di seluruh nagara. Impaknya amat besar jika kalah, tambahan pula dengan desas desus akan berlaku boikot oleh sebahagian kecil ahli PAS yang kecewa dengan keputusan tidak membenarkan calon PAS bertanding di kerusi DUN itu. Angin bertiup kencang mengatakan mereka akan memboikot pilihanraya kecil ini nanti. Keduanya, BN biarpun tidak bertanding namun mereka tetap akan menaja beberapa orang calon bebas untuk bertanding di situ. Ini terbukti bila mana Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat sedang sibuk berada di Permatang Pauh untuk mengatur langkah dengan mengadakan berbagai program di sana.
[Jika benar BN tidak bertanding, kenapa kedua-dua pemimpin UMNO itu perlu sibuk-sibuk turun berkempen?. Bukankah ini satu helah mereka sebenarnya. Justeru itu, kepada jentera petugas pilihanraya Pakatan Rakyat bagi DUN Penanti diminta berhati-hati dan berwaspada dengan propaganda terbaru yang akan dilakukan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional ini nanti. Mereka sebenarnya bertanding, tetapi hanya takut untuk menggunakan lambang "dacing karat" itu. Sebenarnya keputusan Najib untuk tidak meletakkan calon BN dalam pilihanraya kecil Pennati, jelas sekali akan menjatuhkan maruah dan imej parti karat itu dimata rakyat. Justeru itu, rakyat diseru untuk membuat perubahan segera demi masa depan mereka dalam pilihanraya umum akan datang].

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...