12 April 2009








ISU ADI ANWAR - Kezaliman Polis Berterusan Di Era Pemerintahan UMNO BN


Belumpun reda lagi kes A Kugan yang dibelasah hingga mati dalam lokap polis USJ awal tahun ini, satu lagi kes menggemparkan rakyat mengenai tindakan zalim yang dipercayai dilakukan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.Kali ini, Adi Anwar Mansor dibelasah dan dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 8 April lalu.Adi Anwar, 25 tahun kini dalam keadaan stabil dan menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibunya, Jiknah Harun yang mendapati banyak kesan lebam di beberapa bahagian badannya.


Disebabkan tidak puashati terhadap layanan pihak polis di lokap berkenaan, Jiknah hari ini membuat laporan di IPD Klang.
Dia ditemani peguam N Surendran, ADUN Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar, Ketua Pemuda Pas Selangor, Solehan Muhi dan pemimpin Hindraf, Jayath ass.Dalam laporan itu, antara lain Jiknah meminta pihak polis membebaskan anaknya dan menyiasat punca kejadian yang menyebabkan anaknya terpaksa menerima rawatan kecemasan.

“Saya baru balik ke rumah, anak saya cakap, mak abang ada kat hospital wad ICU. Saya bersiap dan terus pergi, bila saya sampai ada guard tak bagi saya naik. Saya kena tunggu sampai puluk 12, saya sampai pukul 10, berapa jam saya nak tunggu. Bila saya naik tengok, saya dah tak boleh cakap apa-apa, saya sebagai ibu, saya yang bela dia, janganlah pukul dia macam tu, kalau dia bersalahpun,” Jiknah menceritakan keadaan ketika dia menemui anaknya di hospital.
Peguam yang mewakili beliau, N Surendran berkata, Adi Anwar memberitahu bahawa dia dipukul di dalam kereta polis dan kemudian dibawa ke balai dan dipukul lagi di bahagian kepala, ditendang di belakang dan dipukul dengan host getah sehingga dia tidak tahan kesakitan.

Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago mahu pihak polis menyiasat bagaimana Adi Anwar boleh meminum pelarut berkenaan.
“Apa yang mendesak sampai saudara Adi Anwar terpaksa minum tinner, menjadi persoalan penting. Mengapa? Adakah dia tak boleh tahan kena pukul oleh itu dia terpaksa minum tinner atau apakah sebab lain dia minum tinne. Itu mesti disiasat,” katanya.
Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar pula berkata, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan seperti ini kerana Adi Anwar hanya disyaki.

“Tidak boleh dikenakan tindakan mengikut selera, untuk menghukum atau menzalimi sesiapa kerana belum tentu seseorang yang ditahan itu bersalah.
“Saya ingin mendesak Najib supaya mengutamakan perlaksanaan refomasi terhadap pasukan polis bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.“Selagi tidak ada badan seperti IPCMC yang memantau perkara ini, saya percaya dan yakin kes ini akan berterusan. Mula-mula Kugan India, hari ini Melayu, besok cina, lusa mungkin iban, tulat mungkin kadazan,” tegas beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kapar, S Manikavasagam meminta supaya satu siasatan bebas diadakan dan menghukum mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.

“Kita tak membela mana-mana penjenayah, kita mempunyai mahkamah, pihak polis boleh tangkap, boleh dakwa, kita boleh, tapi bukan macam ini,” katanya.Adi Anwar ditahan kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu kerana disyaki terbabit dengan kes dadah, tetapi tiada sebarang bukti ditemui.Jiknah berkata, tiada sebab anaknya melakukan kesalahan sedemikian kerana dia baru mendapat bayi berusia tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira.

Ketua polis daerah ACP Mohamad Mat Yusop dilaporkan berkata empat anggota polis berada di dalam lokap ketika Adi Anwar dikatakan minum pelarut berkenaan.“Apabila anggota-anggota polis itu menyedarinya, ia sudah terlambat kerana kejadian tersebut berlaku dalam masa kurang 10 saat,” New Straits Times memetik Mohamad sebagai berkata.

KDN perlu belajar untuk menghormati hak asasi manusia jangan hangpa buat ikut suka saja. Banyak lagi kena belajar...rakyat rasa tak selamat lagi duduk di malaysiani.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...