15 April 2009

Buka semula rundingan air, Selangor sambut baik
Muhammad Arif Ismail Wed Apr 15, 09 10:09:40 am MYT
SHAH ALAM, 15 April (Hrkh) -

Negeri Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat hari ini menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan yang bersedia mengadakan rudingan terhadap penyusuanan semula perkhidmatan air.

Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan, Kerajaan Negeri menyambut baik laporan kesedian Kerajaan Persekutuan yang membenarkan Kerajaan Negeri mengadakan rundingan terhadap penyusuanan semula perkhidmatan air sebelum akhirnya mengambil alih industri air.
"Berita terbaru daripada Kerajaan persekutuan adalah sejajar dengan kehendak Akta Perkhidmatan Industri Air (WISA) 2006, yang antara lain menyatakan perlunya menyusun semula dan meningkatkan kecekapan industri air Malaysia.
Kerajaan Selangor memang bersedia untuk menyambung semula perbincangan tetapi menekankan supaya tiga pihak, iaitu Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi mempunyai wakil masing-masing dalam proses perbincangan yang dirancangkan," katanya.


Bagi mencapai tujuan ini menurut Khalid, Kerajaan Negeri bercadang menemui Tun dr. Lim Kheng Yaik, mantan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang cukup mengetahui tentang WISA 2006 dan industri air negara untuk mengetuai rundingan bagi pihak Kerajaan Persekutuan.
Beliau menambah, Kerajaan Negeri yakin bahawa wakil-wakil Kerajaan Negeri dan syarikat konsesi boleh mengadakan rundingan yang mesra bersama-sama Dr. Lim.
"Kita harap rundingan ini nanti dapat mencapai keputusan yang memihak kepada kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ini kerana Kerajaan Negeri begitu mengambil berat untuk meningkatkan kecekapan pengendalian industri air, berusaha menurunkan tarif dan mengekalkan pemberian air percuma bagi 20 meter kubik yang pertama setiap bulan kepada isi rumah," katanya.
-

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...