29 Januari 2015

AKHIRNYA MH370 DIISYTIHAR KEMALANGAN, TIADA YANG HIDUP!!!



MH370 diisytihar kemalangan, 239 penumpang dan kru dianggap terkorban



KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan mengenai status terkini MH370 yang disiarkan oleh RTM1. 
-- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.

Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.

Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Ketika membuat pengumuman itu menerusi rakaman televisyen yang disiarkan menerusi saluran RTM1, beliau berkata: "Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan ... dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban."



"Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum menemukan lokasi pesawat yang hilang itu," katanya. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...