28 Februari 2015

PERBADANAN MINYAK NASIOANAL ( PETRONAS) RUGI PADA SUKU KEEMPAT 2014


Untung sebelum cukai Petronas susut RM77.8 bilion



Keuntungan sebelum cukai Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember, 2014, susut kepada RM77.7 bilion daripada RM94.3 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Kewangannya Datuk George Ratilal, semasa mengumumkan keputusan kewangan kumpulan itu hari ini, berkata keuntungan rendah itu disebabkan kejatuhan harga minyak yang membawa kepada penjejasan tinggi sebanyak RM22.6 bilion.

Bagaimanapun, hasil meningkat sebanyak 4.0% kepada RM329.1 bilion daripada RM317.3 bilion sebelumnya.

Perbadanan minyak nasional itu juga buat pertama kalinya mencatatkan kerugian sebelum cukai suku tahunan pada suku keempat 2014 sebanyak RM400 juta berbanding keuntungan sebelum cukai RM17.6 bilion dalam suku yang sama pada 2013, berikutan hasil rendah sebanyak RM79.4 bilion daripada RM84.8 bilion sebelumnya.

"Kami mula melaporkan bagi asas suku tahunan kira-kira lima tahun lalu dan kami tidak pernah mencatatkan kerugian pada suku tahunan sepanjang tempoh itu, saya tidak ingat pernah melihat kerugian dicatatkan Petronas bagi suku tahunan, jadi 2014 (secara keseluruhan) bukan satu kerugian," katanya.

Mengenai penjejasan tinggi itu, Ratilal berkata sekiranya harga minyak berdasarkan kepada prospek kumpulan, Petronas tidak menjangkakan penjejasan lebih besar pada masa hadapan.

"Penjejasan itu adalah berdasarkan kepada apa yang kami nilai, disebabkan oleh harga minyak semasa, apakah jenis pendapatan yang akan kami peroleh bagi tempoh beberapa tahun akan datang. Penjejasan itu telah dinilai setiap suku tahun. Ia pada asasnya adalah satu perkara yang sementara, bukan kekal.

"Apa yang kami lakukan, sebagai sebuah syarikat minyak, ialah standard perakaunan, berdasarkan kepada pendapatan masa depan dan harga semasa. Sekiranya harga minyak meningkat (pada masa depan), kami akan masuk kira semula," katanya. – Bernama



Harga Minyak Jatuh, Mokhzani ‘Hilang’ Separuh Kekayaan


KEJATUHAN harga minyak di pasaran global memberi kesan besar kepada ramai jutawan di Malaysia, malah jauh lebih teruk dari jangkaan apatah lagi apabila harga minyak dunia menjunam daripada kemuncak AS$115 setong kepada bawah AS$50 setong.

Beberapa taikun industri minyak dan gas terkenal tanah air dilaporkan ‘hilang’ separuh nilai kekayaan mereka berjumlah ratusan juta dollar termasuk Mokhzani Mahathir yang suatu ketika pernah berada dalam kedudukan individu ke-26 paling kaya di Malaysia.

Beliau merupakan pelabur terbesar di rantau Asia tenggara dalam syarikat penyediaan perkhidmatan minyak dan gas SapuraKencana Petroleum, dikatakan langsung terkeluar daripada senarai individu billionaire di Malaysia sejak akhir tahun lalu.

Nilai kekayaan beliau merosot 42 peratus, angka tertinggi dari sudut peratusan dan paling besar berbanding jutawan lain, manakala pelabur utama SapuraKencana, dua beradik Shahril dan Shahriman turut kerugian hampir 40 peratus nilai kekayaan mereka.

Kemerosotan separuh harga minyak antarabangsa bermakna kekayaan duo itu turut jatuh daripada AS$1.4 bilion (RM5.2 bilion) setahun lalu kepada hanya AS$860 juta (RM3.08 bilion) kali ini dan menduduki tangga ke-21 berbanding ke-11 pada tahun lalu.

Uniknya, kejatuhan harga minyak memberi kesan besar kepada tiga individu teratas senarai billionaire tempatan iaitu Robert Kuok, Ananda Krishnan dan Quek Leng Chan yang turut memiliki kepentingan secara signifikan dalam sektor operasi minyak dan gas.

Sekadar rekod, 11 daripada 50 manusia terkaya di Malaysia mempunyai hubungan rapat hasil pendapatan mereka dengan sektor minyak dan gas; bahkan kebanyakan mereka dilaporkan paling terjejas dibandingkan billionaire bukan sektor berkenaan.

Sejumlah 24 individu terkaya dalam senarai untuk tahun ini malah menyaksikan nilai bersih kekayaan mereka turut merosot dengan teruk sejajar situasi ‘kelesuan’ bursa saham tempatan dan kejatuhan harga minyak global bagi tempoh lebih enam bulan.

Ia sekali gus menyebabkan nilai mata wang ringgit jatuh kira-kira 10 peratus berbanding dollar Amerika Syarikat, ditambah pula beberapa insiden buruk yang berlaku di rantau ini akhir tahun lalu memburukkan lagi keadaan sedia ada.


DISYORKAN BACA : Robert Kuok Kekal Individu Terkaya Di Malaysia – Forbes

1 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Kami dah tulis byk kali dlm blog pasal petronas nih.. Terbukti benar bukan fitnah lagiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...