24 Februari 2015

BETULKE SIRUL MENGARUT?......




Hasil carian imej untuk sirul azhar di australia

Hasil carian imej untuk sirul azhar di australia


Saya dedah waktu sesuai, kata Sirul


Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Australia kerana memberi pelindungan kepadanya sepanjang beliau ditahan di negara itu.

Dalam telesidang bersama Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pada kira-kira jam 1.30 petang, Sirul berkata beliau tidak berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu berkata, beliau akan memberi kenyataan pada waktu yang sesuai.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia yang mana saya sekarang bawah lindungan pihak Asutralia. Dan saya perlu menghormati negara Australia.

“Saya tak berhasrat untuk membuat kenyataan di masa ini. Bagaimanapun saya akan cuba membuat satu kenyataan dari masa ke semasa dan apabila waktu sesuai," katanya yang bercakap selama kira-kira tiga minit melalui pembesar suara telefon bimbit Mahfuz.

Selepas itu, Sirul hanya mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada pemberita.

Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan berkali-kali dibuat selama kira-kira 40 minit.

Talian telefon termasuk beberapa orang pemberita yang berada di ibu pejabat PAS turut terganggu ketika sidang media itu diadakan.

Bagaimanapun, pada jam 1.10 petang, Mahfuz kemudian mendapat panggilan telefon daripada Sirul yang mengatakan bahawa bekas anggota polis itu sedang menantikan panggilan daripada Mahfuz.

Sirul kini ditahan di pusat tahanan Villawood, Sydney dan tidak boleh dibawa balik ke Malaysia kerana ia melibatkan hukuman mati.

Sirul boleh dibawa pulang sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati terhadap Sirul.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...