17 Disember 2014

TERKINI! PRK BAKAL DIADAKAN DI SABAH, ADUN PKR LETAK JAWATAN



Melepaskan jawatan disebabkan masalah kesihatan

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula hari ini atas faktor masalah kesihatan.

Menulis di laman Facebooknya, Roland mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Inanam dan pemimpin PKR yang telah memberi sokongan kepada beliau sejak 17 bulan lalu.

"Atas masalah kesihatan, saya akan meletak jawatan sebagai Adun Inanam.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi Inanam dan pemimpin parti atas sokongan yang diberikan sejak 17 bulan lalu," katanya.


Status di laman Facebook milik Adun Inanam, Roland Chia

Roland menulis perkara yang sama di laman mikro Twitter beliau.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.

Roland memperolehi 8,926 undi mengalahkan Joseph Paulus dengan 5,724 undi manakal Enchin dengan 5,003 undi.


Read more at:SINI



Penjelasan KEADILAN mengenai kedudukan Adun Inanam


Saya dimaklumkan YB Dr Roland Chia, ADUN Inanam berada di luar negara. KEADILAN dalam proses menghubungi beliau untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keadaan sebenar kesihatan beliau dan mengesahkan kenyataan pendek bersabit beliau di media sosial.


Dr Roland

Saya telah berhubung dengan pimpinan KEADILAN Sabah dan pegawai-pegawai YB Dr Roland Chia dan mereka mengesahkan bahawa YB Dr Roland Chia memang ada masalah kesihatan, walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.

Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengan YB Dr Roland Chia, saya tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan itu adalah muktamad atau mengesahkan apa-apa.

Rafizi Ramli
Setiausaha Agung/Naib Presiden KEADILAN

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...