16 Disember 2014

GAMBAR-GAMBAR SERANGAN TALIBAN DI SEKOLAH PAKISTAN LEBIH 135 ORANG TERBUNUH!!!



84 Pelajar Terbunuh Dalam Serangan Taliban Di Sekolah Pakistan


Ahli keluarga dan pasukan penyelamat bersama sebahagian mayat pelajar yang terbunuh dalam serangan Taliban di sebuah sekolah di Peshawar, Pakistan pada Selasa. Foto AFP

PESHAWAR (Pakistan): Lebih 100 orang, termasuk 84 pelajar, terbunuh dalam serangan kumpulan lelaki bersenjata Taliban di sebuah sekolah yang dikendalikan pihak tentera di bandar Peshawar, Pakistan pada Selasa, menurut pegawai tempatan.

Kira-kira 500 pelajar dan guru berada di Sekolah Awam Tentera di Jalan Warsak ketika kejadian berlaku.

Tentera Pakistan berkata, kebanyakan orang awam terselamat tetapi telah dijadikan tebusan oleh Taliban.

Sekurang-kurangnya seorang tentera Pakistan dilaporkan terbunuh dalam insiden tembak-menembak sehingga merosakkan bangunan sekolah.


Seorang anggota tentera mengiringi dua pelajar yang diselamatkan dari serangan di sebuah sekolah di Peshawar, Pakistan. Foto REUTERS

Seorang jurucakap Taliban berkata, kumpulan militan itu diarahkan untuk menembak pelajar yang lebih dewasa, sambil menambah bahawa serangan itu sebagai balas dendam terhadap serangan tentera secara besar-besaran di kawasan itu.

Pertempuran di dalam sekolah berterusan dan sebahagian tebusan dipercayai ditahan oleh militan, kata menteri wilayah itu untuk kerajaan tempatan, Inayatullah Khan.

Perdana Menteri Pakistan, Nawas Sharif secara peribadi akan mengendalikan operasi ketenteraan di Peshawar berhubung serangan di sekolah itu.

Kerajaan wilayah mengisytiharkan hari berkabung selama tiga hari berikutan tragedi berkenaan.

Taliban mendakwa mereka bertanggungjawab terhadap serangan itu tetapi berkata ia tidak menyasarkan para pelajar.

"Pengebom berani mati kami memasuki sekolah, dan mereka diarahkan untuk tidak mencederakan kanak-kanak, tetapi menyasarkan anggota tentera," kata jurucakap Taliban, Muhammad Umar Khorasani kepada Reuters.


A man carries a student, who was injured during an attack by Taliban gunmen on the Army Public School, after he received treatment at a hospital in Peshawar, December 16, 2014. (Reuters/Khuram Parvez)

Pakistani security forces takes up positions on a road leading to the Army Public School that is under attack by Taliban gunmen in Peshawar, December 16, 2014. (Reuters/Khuram Parvez)

View image on Twitter





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...