15 Disember 2014

BERHENTI TIPU RAKYAT, TEMBELANG UMNO BOCOR LAGI....PERKASA BARU NAK SEDAR



Kembalikan hak biasiswa kepada orang Melayu

Tidak guna UMNO hanya bercakap soal Melayu di Persidangn Agung UMNO, tetapi hak dan biasiswa anak Melayu semakin lama semakin terhakis.




Presiden PERKASA mendesak supaya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengembalikan semua biasiswa pendidikan kepada orang Melayu.

Katanya, tidak guna UMNO hanya bercakap soal Melayu di Persidangan Agung UMNO, tetapi hak dan biasiswa anak Melayu semakin lama semakin terhakis.

“Begitu ramai pelajar Melayu yang menuntut di Indonesia, Mesir yang tidak mendapat biasiswa hatta mereka juga tidak mendapat pinjaman daripada pihak institusi kerajaan,” katanya pada sidang media di Persidangan Agung Tahunan PERKASA, di Pusat Islam, di sini.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menuntut biasiswa tersebut dikembalikan kerana ia merupakan hak orang Melayu yang sudah terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ini tidak dipulihkan, kita akan bawa sokongan dan kepercayaan rakyat bahawa UMNO sebagai pembela Melayu akan terus terhakis.

“Saya nak beritahu, saya didatangi ibu bapa pelajar yang belajar di Mesir. Ada pelajar tahun dua, dan akhir, menangis tidak boleh teruskan pengajian kerana tidak dapat pinjaman.


“Ada yang beritahu saya bahawa mereka hanya makan nasi sehari sekali sebab tidak cukup duit hendak bayar sewa dan yuran. Janji untuk mempertahankan hal Melayu hanyalah retorik,” katanya ~fmt


BACA INI PULAK......

Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR kepada Najib



Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman meminta pemimpin Melayu hari ini berhenti daripada menipu rakyat dan membantu kaum Melayu sedaya upaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul
"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umnu nk tunggu rosmah dedah penyelewengan umnu dibawah najib, baru mereka nk sedar kot.

atau tunggu saifool dedah bagaimana bontotnya menjadi matlamat perjuangan umnu utk melayu

lampu picit berkata...

Datuk Ibrahim Ali saya bagi tabek spring. Itulah sebenarnya antara perjuangan yg perlu diperhebatkan.
Tan Sri Rashid kenapa berbogel setelah tak jdi penjawat awam. Dulu anda jadi pengampu besar. Elok bagi penampar spring. Hipokrit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...