29 Disember 2014

DUNGUN: BANJIR BAWA BERATUS BALAK TUTUP JALAN RAYA

Lambakan Kayu Balak Punca Terputus Hubungan Darat



DUNGUN: Lambakan kayu balak merintangi laluan utama di Kampung Rantau Panjang menghala Bukit Besi dekat sini, menyebabkan lebih 1,000 penduduk di beberapa buah kampung di kawasan berkenaan terputus hubungan darat sejak tiga hari lepas.

Tinjauan Bernama pada Ahad mendapati ratusan kayu balak bertaburan di atas jalan raya sejauh kira-kira 100 meter, menyebabkan penduduk terperangkap sehingga terpaksa menggunakan bantuan helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi operasi menghantar bekalan makanan.

Lebih membimbangkan, penduduk di sana juga terputus hubungan telekomunikasi dan bekalan elektrik berikutan banjir yang turut melanda kawasan kampung itu ekoran limpahan air sungai dari Sungai Dungun di Kuala Jengai.

Mangsa, Nik Mohd Faizal Nik Mohd Fikri, 32, yang bertugas sebagai anggota tentera di Port Dickson, berkata timbunan balak tersebut adalah dari satu lokasi simpanan kayu balak di atas sebuah bukit.

"Disebabkan hujan lebat tidak berhenti yang sudah lebih seminggu, kayu-kayubalak yang disimpan di atas bukit itu menggelongsor jatuh hingga berselerak dijalan utama," katanya ketika ditemui Bernama yang berada di lokasi berkenaan.

Berikutan kejadian itu, beliau yang pulang ke kampung sejak seminggu lepas terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke tempat kerja, selain tidak dapat membuat panggilan bagi memaklumkan keadaannya.

"Sudahlah kawasan kampung kami banjir, semua penduduk di sini juga risau kerana jika hujan berterusan, kayu balak yang sebesar empat hingga lima pemeluk itu akan menggelongsor jatuh lebih banyak dari tempat simpanannya dan merempuh rumah," katanya
.


Ekoran terputus hubungan darat, mangsa yang dipindahkan sejak seminggu lepas di Sekolah Menengah Kuala Jengai, kini berdepan masalah apabila terpaksa mencatu makanan sejak tiga hari lepas.

Sementara itu, Pegawai Memerintah Batalion ke-18 Rajimen Askar Melayu Diraja, Kuala Terengganu Leftenan Kolonel Mohd Tahir Symon yang turut bersama meninjau di lokasi berkenaan berkata jentera berat diperlukan bagi mengalih kesemua kayu balak tersebut.

"Laluan ini kita akan bersihkan secepat mungkin kerana ia menyukarkan pergerakan dan pasukan penyelamat juga sukar menghantar bekalan makanan," kat
anya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tengok gaya... saiz balak tu macam tak ikut spec penebangan...

Tanpa Nama berkata...

Yang hairannya pandai pulak sikayu balak ni menggelungsur ikut jalan raya, kenapa tak ikut hutan ke..sungai ke... Pelik..pelik..

Tanpa Nama berkata...

siapa yang lulus ya?

Alias Dasuki berkata...

Ini tentunya taik Anwar. Tak daya nak pikul balak-balak tu balik keSegambut, dia buang pulak tengah jalan. Sebelum itu dia senyap-senyap potong balak-balak tu dengan kapak dari Hutan Simpan Kerajaan Barisan yang memerintah. Kesian Rakyat, dah jatuh ditimpa pula oleh tangga ???

Tanpa Nama berkata...

.. Har har .. Bbanjir batang balak hanyut pokok kecik tepi jalan tak tumbang n berlumpur pon ... Jln pon bersih kemain siap garisan putih jelas tak kotor... N pandai pulak balak too mengalir ikut jalan raya ek huar huar ...Jom bina rumah pakai anak pokok n rumput lagi kuat n tahan n berat dari balak huah huah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...