01 Julai 2014

PANAS! SAMSUL ISKANDAR BERCAKAP BAGAI MACAI UMNO!!!


FAEKAH HUSIN BELASAH LUMAT LUNYAI KETUA AMK KERANA DESAKAN AGAR TSKI LETAK JAWATAN SEBAGAI MB SELANGOR TERSEBAR LIGAT DI ALAM MAYA.




Desakan Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ahli Biro Politik KEADILAN untuk YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor adalah satu tindakan yang melangkaui arahan Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

Samada beliau sedar atau pun tidak, arahan yang diberikan oleh Ketua Umum tersebut dikeluarkan sebaik sahaja beliau secara membuta-tuli membuat dakwaan bohong tentang wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor.

Selain singgungan terus yang dibuat oleh Ketua Umum sebaik dakwaan bohong itu keluar, Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Iskandar Samad pula telah membuat kenyataan balas kepada Ahli Parlimen Bukit Katil tersebut dengan kiasan bahawa PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat bagi membuat keputusan bagi pihak parti itu.

Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan Rakyat dan merosakkan imej KEADILAN di mata rakyat.

Sewajarnya beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota Biro Politik parti. Apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam Biro Politik sendiri, iaitu YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid.

Jika hujah YB Shamsul Iskandar bahawa YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan Menteri Besar, bagaimana pula halnya dengan YB Dr. Daroyah Alwi? Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah YB Dr. Daroyah juga perlu melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?

Bagaimana pula halnya dengan Ketua Umum dan Presiden KEADILAN sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang? Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?

Dalam hal ini saya kira YB Shamsul Iskandar perlu objektif. Sebagai peguam, beliau sepatutnya telah sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan Menteri Besar. Janganlah kerana keinginan yang teramat sangat untuk mengampu langsung mencampakkan dirinya ke ruang kebodohan undang-undang.

Wajarnya YB Shamsul Iskandar bermuhasabah diri tentang prestasi beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felda di Selangor sebelum ini. Dengan laporan kerja yang tidak pernah diterima oleh pentadbir negeri, wajarkah beliau mempersoal kredibiliti seorang Menteri Besar yang telah terbukti keupayaannya di mata rakyat? Beliau harus jawab!

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI PENYELARAS DUN PELABUHAN KLANG

6 ulasan:

cucu mamak kutty berkata...

aku sokong faekah,bravo dan tahniah faekah,syamsyul tu tak sadau diri langsung,kau AP kawasan aku bukit katil,buat malu aje dapat yb mcm kau,tan sri khalid dah nampak jasa nya,kau kat bukit katil apa yg kau buat.....poraaaah

kijfd berkata...

anak dara tua.

no test.

tski must go.

akalcerdik berkata...

Aku sokong Samsul. Tak sabar rasanya nak bagi BN memerintah semula Selangor.

GEBU berkata...

Hanya orang yg berakal keldai saja yg mahukan BN....Barang Naik. Jangan marah ma!

GEBU berkata...

Hanya orang yg berakal keldai saja yg mahukan BN.....Barang Naik.Jangan marah ma!

bunbinban berkata...

Samsul ni kalau dlm sebulan x tunjuk bangang x boleh ke?. Betul kata Faekah...samsul apa jasa dia pada parti?. Jasa dia cuma pada anwar..sbb bila ada ,mana2 pihak usik Anwar..dia la org yg akan depan sekali repot polis...Bekas Ketua AMK yg paling poyo termasuk la sesiapa yg menyokong dia ni...poyo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...