02 Julai 2014

MACAU SCAM, DUA LELAKI DITAHAN - MODUS OPERANDI PERANGKAP MANGSA TERLIBAT PERUBAHAN WANG HARAM

Modus operandi sindiket ini, akan mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan perubahan wang haram dan akaun mangsa akan dibekukan. Oleh kerana ketakutan wang mangsa dalam akaun akan dibekukan, mangsa akan pergi ke bank dan membuat transaksi pemindahan wang mengikut arahan sindiket ini yang kononnya ingin membantu menyelamatkan wang mangsa.

MACAU SCAM, DUA LELAKI DITAHAN

Kluang, 1 Julai – Dua lelaki dipercayai ahli sindiket penipuan Macau Scam ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan polis kontinjen Johor di sebuah hotel di Bandar Kluang pada 28 Jun lalu.

Dalam serbuan yang dijalankan turut merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan dalam jenayah tersebut seperti modem, jalur lebar dan komputer riba.

Ketua Polis Negeri, Senior DCP Dato Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sindiket ini menggunakan teknologi ‘Voice Over Internet Protocol’ (VIOP) dimana ia memaparkan nombor telefon rasmi bank-bank dan jabatan kerajaan dan mereka membuat panggilan dari pusat malah akan menyamar sebagai pegawai bank atau pegawai jabatan kerajaan untuk menipu mangsanya.

Kegiatan penipuan ini didalangi oleh sindiket warganegara asing yang menipu mangsa yang terdiri daripada rakyat tempatan dan luar negara.

KEJAYAAN MENUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN “MACAU SCAM” — di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) Johor Bahru.


KEJAYAAN MENUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN “MACAU SCAM” DI DAERAH KLUANG

Bertindak atas maklumat orang ramai, pada 28 Jun 2014, jam 11.30 malam Polis Johor telah membuat serbuan di sebuah hotel, Bandar Kluang, dalam serbuan ini 2 (L) warganegara asing berumur 24 dan 25 tahun telah berjaya ditangkap serta merampas barang-barang berikut:

1) 47 unit modem
2) 3 unit printer pelbagai jenama
3) 6 buah komputer riba pelbagai jenama
4) 2 buah telefon bimbit pelbagai jenama
5) 1 unit internet transaction
6) 4 unit broadband
7) 20 helai kertas catitan
8) 1 unit ear set
9) 1 unit alat membaca
10) 16 unit telefon wireless
11) 4 keping kad ATM

Kejayaan ini merupakan satu lagi kejayaan PDRM Johor dalam menumpaskan sindiket penipuan Macau Scam di negeri ini. Kegiatan penipuan ini didalangi oleh sindiket warganegara asing yang menipu mangsa rakyat Malaysia dan warga Negara asing dengan membuat panggilan dari call centre dan menggunakan teknologi “Voice Over Internet Protocol (V.I.O.P)”. Sindiket ini menyamar sebagai pegawai bank atau pegawai jabatan kerajaan untuk menipu mangsanya. Teknologi V.I.O.P digunakan bagi memaparkan nombor telefon rasmi bank-bank dan jabatan kerajaan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...