01 Julai 2014

PANAS! DIPLOMAT MALAYSIA DIDAKWA LAKUKAN SERANGAN SEKSUAL


Wisma Putra dijangka jawab isu diplomat dituduh lakukan serangan seksual di NZ


Anifah Aman bakal mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan satu sidang media hari ini yang dijangka antara lain bagi menjawab isu seorang diplomat di New Zealand yang didakwa terbabit dalam satu kes serangan seksual dengan niat untuk merogol.

Menurut laporanThe New Zealand Herald, Perdana Menteri New Zealand John Key mahu negara terbabit untuk memberikan pendirian yang jelas dan mahu diplomat berkenaan – di mana identitinya dan dari negara mana tidak didedahkan – untuk bertanggungjawab.

Tambah beliau, walaupun diplomat terbabit terlepas dari pendakwaan di New Zealand, namun beliau akan menghadapi tuduhan yang serius di negaranya.

Laporan itu turut berkata Kementerian Luar New Zealand secara rasmi telah meminta negara terbabit untuk mengetepikan kekebalan diplomatik (diplomatic immunity) tetapi permohonan itu dikatakan telah ditolak.

“Pilihan New Zealand adalah untuk mendakwa beliau. Namun negara terbabit menghalang kami berbuat demikian,” katanya kepada pemberita.

Dalam insiden 9 Mei itu, seorang lelaki dalam lingkungan 30-an didakwa telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun ke rumahnya sebelum melakukan serangan seksual.

Lelaki terbabit yang dikatakan seorang diplomat hadir buat kali pertama di Mahkamah Daerah Wellington pada 10 Mei lalu namun tiada media yang hadir ketika pembicaraan untuk membuat liputan.

MalaysiaKini.com sebelum ini melaporkan bahawa diplomat berkenaan bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand.

Portal berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan identiti diplomat terbabit kerana menunggu jawapan rasmi Wisma Putra.

Laporan yang sama berkata, akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama pesalah atau negara asal beliau selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah larangan "suppression order" bagi mengelakkan identiti lelaki didedahkan.


Read more at:SUMBER

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...