14 Julai 2014

PANAS! ISU LAMPU PADAM KIAN PANAS, DAKWAAN CALON TIM. KETUA CABANG ADA PENIPUAN OLEH JPP!!!

Desak ROS gantung keputusan pemilihan PKR Kuala Selangor


Arijan Osman


Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor mahu Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat keputusan pemilihan cabang parti itu yang didakwanya terlibat dalam penyalahgunaaan kuasa.

Seorang Ahli PKR Cabang Kuala Selangor, Arijan Osman mendakwa unsur penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan berlaku dalam proses pengiraan undi keputusan pemilihan cabang berkenaan.

"Semua ahli-ahli sepakat masih mempertikaikan keputusan pemilihan cabang tersebut selepas bimbang dicemari pelbagai penyelewengan termasuk melibatkan elektrik terputus atau blackout mengejut semasa proses pengiraan undi.

Justeru itu, beliau mendakwa, ahli turut mempersoalkan pendirian Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang belum bertindak dan menafikan pihaknya menerima aduan dan bantahan bertulis yang dikemukakan para ahli cabang itu walaupun pihak pemilihan akur berlaku insiden blackout.

"Kami mahu ROS siasat dan membatalkan segera keputusan pemilihan itu yang dikuatiri ada unsur penyelewengan dalam proses pengiraan undi dan keputusan pemilihan itu.

"Kami sebagai ahli akar umbi mahu penjelasan diberikan JPP apa yang sebenarnya telah berlaku sepanjang insiden blackout ketika proses pengiraan undi pemilihan itu pada Jun lepas.

Pada pemilihan semula Cabang PKR Kuala Selangor, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikalahkan oleh bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam untuk merebut jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.

Pun begitu, keputusan itu telah mencetuskan keraguan dan rasa tidak puas hati ahli-ahli di situ apabila mendakwa berlakunya insiden Blackout selama dua jam sebelum pengiraan undi bagi jawatan ketua cabang dimulakan secara rasmi.

Ajiran ketika itu yang juga merupakan calon bertanding bagi jawatan Timbaan Ketua Cabang Kuala Selangor itu bertegas mahu JPP itu supaya menggantung segera cabang PKR bermasalah sebagai memberi laluan kepada ahli-ahli untuk mendapat keadilan dan kisah benar disebalik insiden itu.

"Apa yang pelik adalah bagaimana bilangan kertas undi kosong untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden iaitu sebanyak 374 kertas undi berbeza dengan bilangan dalam pemilihan cabang yang tinggal cuma 184 kertas undi?

"Perbezaan undi itu juga majoriti yang diperoleh Ketua Cabang yang menang (Manickavasagam) iaitu 701 undi berbanding Abdul Khalid 551 undi," jelasnya.

Tambah beliau, andaian kemungkinan kertas undi tercemar amat ketara apabila semua petugas dan wakil calon diarah keluar ketika pengiraan undi dijalankan semasa blackout.

"Kita melihat terdapat pihak yang seolah-olah sudah bersedia serta sudah dirancang bagi menghadapi keadaan mengejut berkenaan (bekalan elektrik terputus)," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mewakili ahli akar umbi Cabang Kuala Selangor menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Abdul Khalid untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor sehingga tamat penggal ini kerana prestasi kepimpinan beliau.~MG

Read more:SUMBER

2 ulasan:

Unknown berkata...

RUPA RUPANYA YANG DOK FITNAH SPR DEPA YANG BUAT. KAH ! KAH ! KAH !

Unknown berkata...

Sorrylah, aku x kan undi lagi di Parlimen permatang pauh - ayam sejadah.Tak percaya dah pada PKR maupun PAS ( dimasa kegemilangan terbilang dan temberang - syiah subur dikedah ), umno pu bye bye dee bye bye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...