13 Julai 2014

BLOGGER UMNO DITAHAN DI SHAH ALAM DAN PUNCA SEBENAR BELIAU MARAHKAN UMNO TERBONGKAR!!!





Polis tahan blogger buat ugutan bunuh

Alor Setar: Polis menahan seorang blogger yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam laman sosial Facebook, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di satu kawasan di Shah Alam berdasarkan maklumat awam kira-kira jam 5.45 petang tadi.


"Lelaki berkenaan akan dibawa pulang ke Alor Setar untuk direman esok bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya ketika dihubungi, di sini.

Setakat semalam, sebanyak 20 laporan polis sudah dibuat berhubung kes ugutan bunuh itu oleh beberapa Bahagian UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri Kedah.

Antara komen blogger terbabit pada gambar Mukhriz dan Syed Unan dalam laman Facebook ialah mahu menembak mereka jika ada pihak yang sanggup memberinya pistol dan peluru.

TAK SILAP AKU PUNCA BELIAU MARAH SANGAT KERANA APABILA BELIAU DISAMAN DAN KALAH OLEH BEKAS SETPOL  MB LALU....
MUNGKIN TIADA PEMBELAAN DARI PIHAK UMNO.....


PADI JANTAN YANG DIARAHKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI BAYAR RM130,000 KEPADA BEKAS SU MB KEDAH KERANA FITNAH JAHAT!!!


31hb oktober 2013


Sobri Sudin (gambar), pengendali blog Padi jantan diarahkan mahkamah supaya membayar RM130 000 kepada bekas SU Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnah.

Dia diarah membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan.

Mahkamah mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas SU MB serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui internet, keluarga plaintif yang menanggung kesannya, kata Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar dipetik Sinar Harian.

Muhammad Sanusi yang ketika itu SU Politik Azizan memfailkan saman fitnah pada 27 Febuari berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap SPRM Kedah.

Dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program MB menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar.

2 ulasan:

Master Jaguh berkata...

This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

Awanama berkata...

apakah syubhah pak2 lebai ini kau sokong??
1. mengutuk semua ulama & mufti yg tak sehaluan dgn PAS sbg ulama terompah kayu!!
2. menuduh mufti perak merapu2 sedangkan mufti bercakap berlandaskan nas dan hadis!
3.menyama tindakan demonstrasi 9 Julai sama macam ibada haji &solat (berdemonstrasi pada Allah)
4.menyesat juak2nya (seleweng akidah, karut dlm mentafsir `kebangsaan`,hina agama)
5.gedebe @ riak
6.doa musnahkan PM sdgkan royalti mmg bukan hak Ktan!! minta la elok2 pd PM!!
7.Allah itu samseng!!
8.samakan Allah dgn sifat makhluk (bersila lendik)
9.Cari & kawan Syaitan demi DENDAM kesumat pada Umno
10. mahu ludah muka mana2 ahli Umno yg berusaha perpaduan

*patutla liat nak mapuh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...