13 Mei 2014

Ramai ketua cawangan mahu keluar Umno ikut Ahmad Said.




Ramai ketua cawangan mahu keluar Umno ikut Ahmad Said.

KEMAMAN: Ramai ketua cawangan Umno di Bahagian Kemaman dijangka keluar dari Umno mengikut jejak langkah bekas ketua bahagiannya, Datuk Seri Ahmad Said. Semalam beliau meletakkan jawatan sebagai menteri besar. Pada sebelah malam pula beliau yang juga ADUN Kijal keluar dari Umno dan secara automatik beliau meletakkan jawatan ketua umno bahagian yang dimenangi semula pada tahun lepas.

Menurut seorang ketua cawangan yang enggan namanya disebut, beliau meminta pemangku ketua bahagian, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek balik segera ke Kemaman menangani masalah ini.

“Jika tidak majoriti ketua cawangan yang terhutang budi dengan Ahmad Said akan keluar dari Umno beramai-ramai,” katanya kepada FMT.

Katanya lagi, Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia patut memanggil segera mesuarat khas ahli jawatankuasa Umno Bahagian untuk membendung masalah keluar dari parti.




“Sikap beliau berdiam diri menjadi tanda tanya kepada ahli-ahli Umno Kemaman. Dahlah ketua bahagian sudah keluar dari Umno, sepatutnya pemangku ketua bahagian memangil semua ketua cawangan menyatakan pendirian menyokong kepimpinan menteri besar baharu, Datuk Razif Abdul Rahman,” tegasnya.

Ahmad Said menjadi ketua bahagian pada tahun 2000 mengalahkan pemangku ketua bahagian, Datuk Abu Bakar Ali. Pada tahun 2004, beliau menang tanpa bertanding. Begitu juga pada tahun 2008, beliau menang tanpa bertanding. Pada tahun 2013, beliau mengalahkan Mat Dalam Awang dengan majoriti besar.

Sehingga ikni FMT difahamkan Umno Bahagian Kemaman lesu kerana ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri tidak menyatakan pendirian menyokong Ahmad Shabery Cheek memangku jawatan ketua bahagian.

Adakah Shabery yang juga ahli majlis tertinggi Umno bersikap “play safe” kerana terhutang budi kepada Ahmad Said yang membawanya aktif dalam Umno pada tahun 2000.

Shabery kalah dalam pertandingan ketua pemuda menentang ahli parlimen Kemaman, Dr Ramli Taib pada tahun 1998.

Dari tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam Umno, Shabery terus diangkat sebagai timbalan ketua bahagian selama empat penggal sejak tahun 2000.

Yang menjadi tanda tanya adakah majoriti ahli jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman akan keluar dari Umno mengikut jejak langkah Ahmad Said?


Pautan kekal imej terbenam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib cuma berani PEGANG kucing tapi Ahmad Said berani PELUK Singa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...