16 Mei 2014

PANAS! BETUL KE ADA ADUN PKR NAK LOMPAT PARTI?



BERIKUTAN SITUASI POLITIK SARAWAK BERKOCAK EKORAN PENGUMUMAN TERGEMPAR SEMALAM

Selepas Terengganu, politik Sarawak pula bergoncang sebaik sahaja selesai persidangan DUN Sarawak yang berakhir semalam.

Bekas Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan ak Ikom bersama beberapa ADUN daripada SPDP dan Pengerusi SUPP Sibu, Dato Sri Wong Soon Koh dan beberapa ADUN SUPP telah mengadakan sidang media dan mengumumkan tindakan mereka keluar parti dan menyertai parti Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Bagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat Barisan Nasional (BN), TERAS yang berdaftar rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 28 Ogos 2013, akan memohon untuk menyertai menjadi parti komponen, atau dipanggil sebagai ‘BN Plus.’

Selain Mawan yang merupakan ADUN Pakan dan Ahli Parlimen Saratok, turut mengumumkan keluar parti ialah Datuk Peter Nansian Ngusie (ADUN Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri Muran (ADUN Marudi), Paulus Palu Gumbang (ADUN Batu Danau), Rosey Yunus (ADUN Bekenu) dan Ahli Parlimen Baram Anyie Ngau.

Keputusan keluar parti dan menyertai parti baru ini merupakan jalan terbaik kepada penyelesaian krisis dalaman parti yang dilihat sudah sampai ke kemuncaknya.

Nansian pula berkata, mereka (Rosey, Entri dan Paulus) menyertai TERAS kerana mengikut jejak langkah Mawan.

“Beliau (Mawan) yang membawa kami masuk semula ke dalam parti (SPDP) jadi pastinya bila beliau keluar kami pun ambil tindakan sama,” jelasnya.

Tindakan tidak puas hati kebanyakan ahli SPDP bermula apabila Mawan membawa masuk kembali empat wakil SPDP ke dalam parti sehingga menimbulkan krisis dalaman.

Kemuncaknya apabila Wanita SPDP yang mengadakan mesyuarat luar biasa telah mengundi undi tidak percaya kepada Presiden SPDP.

Jelas Mawan lagi, beliau bukan kapten yang mengorak langkah meninggalkan kapal tetapi berhadapan pemberontakan (dalam parti).

Selain Wong Soon Koh sebagai ADUN Bawang Assan, wakil rakyat SUPP yang lain yang mengikuti keluar parti ialah Datuk Dr Jerip Susil (ADUN Bengoh), Dr Johnical Rayong (ADUN Engkilili) dan Ranum Mina (ADUN Opar).

Turut menyertai TERAS ialah ADUN Pelagus George Lagong daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang juga memberi kejutan dan menarik perhatian pada sidang media itu.

Wong Soon Koh yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar parti setelah mendapati seterunya, Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin enggan menerima pelan pendamaian disyorkan pucuk pimpinan BN.

“Kita tidak mahu persengketaan berpanjangan dan dah letih. Saya rasa orang ramai pun dah bosan dengan semua ini,” katanya.

Menurut Mawan lagi, selepas ini akan ada beberapa pemimpin lain yang akan bertindak keluar parti antaranya Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh daripada SPDP juga berkemungkinan besar menyertai parti itu.

Juga, difahamkan ada ADUN PKR yang akan mengambil keputusan yang sama untuk menyertai TERAS.


PUNCA KELUAR PARTI DISISIH OLEH PARTI

10 wakil rakyat BN Sarawak keluar parti


Mereka sepakat dengan keputusan untuk menubuhkan TERAS disebabkan semua yang terlibat berdepan dengan masalah sama iaitu disisihkan oleh parti masing-masing.


 Seramai 11 orang wakil rakyat negeri ini, terdiri daripada Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pekerja Sarawak (SWP) mengambil keputusan keluar parti dan menubuhkan parti politik baharu – Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Bekas Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan (gambar) berkata, mereka sepakat dengan keputusan untuk menubuhkan TERAS disebabkan semua yang terlibat berdepan dengan masalah sama iaitu disisihkan oleh parti masing-masing.

Tindakan Mawan keluar dari parti SPDP diikuti oleh Datuk Peter Nansian ( ADUN Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri Muran (ADUN Marudi), Paulus Palu Gumbang (ADUN Batu Danau) Rosey Yunus (ADUN Bekenu) dan Anyi Ngau (Ahli Parlimen Baram).

Wakil rakyat dari SUPP yang mengambil tindakan sama keluar parti ialah Dr. Johnical Rayong Ngipa (ADUN Engkilili), Datuk Dr. Jerip Susil (ADUN Bengoh), Ranum Mina (ADUN Opar), Dato Sri Wong Soon Koh (ADUN Bawang Assan).

Manakala, wakil rakyat dari SWP yang menyertai penubuhan TERAS ialah ADUN Pelagus, George Lagong.

Mawan memberitahu, perbalahan dalam parti SPDP berlarutan selepas tindakannya menerima semula empat daripada lima wakil rakyat menyertai SPDP, baru-baru ini.

“Pelbagai cara dilakukan oleh SPDP untuk menunjukkan protes mereka selepas saya menerima semula wakil rakyat menyertai parti termasuk melalui undi tidak percaya dan sebagainya.

“Hari ini, saya dengan rasminya membuat keputusan keluar dari parti SPDP,” katanya sambil menambah, seorang lagi wakil rakyat dari SPDP, Anthony Nogeh (Ahli Parlimen Mas Gading) akan menyertai TERAS dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Datuk Peter Nansian berkata, beliau kesal apabila tindakan bekas Presiden SPDP (William Mawan) membawa beliau dan tiga lagi rakannya menyertai semula SPDP tidak dapat diterima jawatan kuasa parti itu secara keseluruhannya.

“Apabila Presiden SPDP (Datuk Mawan) bertindak keluar parti SPDP, maka kami berempat turut sama menyokong beliau menubuhkan TERAS yang juga disertai oleh rakan-rakan dari SUPP dan SWP.

“Perjuangan kami sama untuk rakyat Sarawak dan alasan kami keluar dari parti masing-masing juga sama,” tegasnya.

Peter Nansian menambah, Barisan Nasional (BN) Sarawak diharap mempertimbangkan permohonan untuk menerima TERAS sebagai parti komponen.

“Ini kerana TERAS diwakili oleh ramai wakil rakyat dari BN, manakala perjuangan kami tetap berpihak kepada kerajaan BN,” ujarnya.

Sementara itu, bekas Pengerusi SUPP Cawangan Sibu, Dato Sri Wong Soon Koh, alasan wakil rakyat sama ada dari SUPP dan SPDP yang berganding bahu menubuhkan TERAS adalah disebabkan oleh permasalahan sama.

“Hak dan kepentingan saya dalam SUPP juga dihalang. Ini termasuk saya dihalang daripada menyertai kabinet negeri. Sehinggakan Setiausaha Agung SUPP Pusat menghantar surat bahawa pelantikan jawatan kabinet saya adalah atas kapasiti peribadi bukannya mewakili SUPP,” ujar beliau.

Justeru, beliau dan rakan-rakan mengambil keputusan keluar dari SPDP, SUPP dan SWP untuk memperjuangkan hak rakyat Sarawak menerusi parti parti baharu (TERAS).

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...