30 Mei 2014

KERAJAAN MEMANG PINGGIRKAN MAS SEJAK DULU LAGI...APAKAH PUNCANYA



SEORANG ahli perniagaan mendedahkan beliau pernah berhasrat untuk membuka syarikat sewa pesawat, tetapi tidak kesampaian kerana Malaysia Airline System Berhad (MAS) tidak bersetuju dan menolak sebarang cadangan untuk menubuhkan syarikat penerbangan kedua bagi laluan domestik.

Datuk Zainal Osman yang mengulas mengenai kemelut yang dihadapi MAS sekarang berkata, cadangan untuk menubuhkan syarikat penerbangan berkenaan sebelum itu telah mendapat kelulusan daripada Tun Ghaffar Baba dan UMNO.

Kata Zainal, apa yang dicadangkan oleh beliau itu bukah sebuah syarikat penerbangan penuh, tetapi sekadar memberi perkhidmatan udara kepada Petroliam Nasional Berhad, memberi perkhidmatan kecemasan kepada doktor, pembenihan awan dan semburan baja untuk Felda.

"Bagaimanapun, kerajaan telah merujuk projek yang saya cadangkan kepada MAS, yang kemudiannya (MAS) tidak bersetuju untuk mewujudkan syarikat penerbangan kedua bagi domestik," katanya melalui komentar melalui artikel wawancara MalaysiaGazette bersama Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas Pengarah Urusan MAS selama 22 tahun.

Jelas Zainal, apa yang berlaku itu jelas menunjukkan satu ketika dahulu, apa juga yang berkaitan dengan penerbangan awam, kerajaan akan merujuk kepada MAS terlebih dahulu supaya tidak menjejaskan kepentingan syarikat penerbangan kebangsaan itu.

"Tetapi ia tidak berlaku sekarang. Jika tidak sudah tentu AirAsia tidak wujud," katanya.

Ulasan Zainal itu konsisten dengan kenyataan Abdul Aziz yang mendakwa syarikat penerbangan kebangsaan tersebut tidak tahu menahu mengenai wujudnya AirAsia, AirAsia X dan Malindo Airways kerana tidak pernah dimaklumkan oleh kerajaan.

Tegas Abdul Aziz, MAS tidak patut diketepikan oleh kerajaan semasa mahu mewujudkan atau menambah syarikat penerbangan supaya MAS boleh bersiap sedia.

"Ibarat berperang, MAS juga perlu bersedia," tambahnya dalam wawancara itu sambil melahirkan rasa tidak puas hati apabila syarikat-syarikat pesaing MAS mengambil laluan syarikat penerbangan berkenaan.

Ia seakan-akan menunjukkan memang sudah lama kerajaan seolah-olah meminggirkan MAS.   
baca lagi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...