31 Mei 2014

CALON BN DIRAMAL KALAH BILA PENGUNDI KAWASAN MELAYU BOIKOT ?


Calon BN Ramal Kalah Di PRK Teluk Intan



Calon Barisan Nasional Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong berkata beliau bimbang dengan bentuk peratusan keluar mengundi sekarang ekoran jumlah keluar mengundi yang besar di kawasan kubu DAP.

Katanya pada sidang akhbar di pusat media di Teluk Intan hari ini, terdapat perbezaan yang besar dalam kadar keluar mengundi di kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri Changkat Jong yang menjadi kubu BN dan Dun Pasir Bedamar yang menjadi kubu DAP.

"Perbezaan keluar mengundi agak tinggi, dan ia (kadar keluar mengundi) adalah lebih tinggi di Pasir Bedamar daripada Changkat Jong. Sekarang, kadar keluar mengundi di Pasir Bedamar Barat adalah pada 50%," katanya.

Kedua-dua DUN ini berada di bawah Parlimen Teluk Intan. DUN Pasir Bedamar dimenangi DAP dalam pilihan raya umum lalu, manakala Changkat Jong diwakili Umno dari BN.

Apabila ditanya jika beliau bimbang tentang perbezaan, Mah berkata: "Ya, ia akan menjadi sukar. Kami hanya akan menunggu keputusan.

"Kita akan menerima apa sahaja keputusan pengundi."

Pautan kekal imej terbenam

Tetapi beliau berkata, antara punca kekurangan keluar mengundi di Changkat Jong pagi ini adalah kerana mereka kebanyakannya terdiri daripada pekerja ladang yang terpaksa bekerja sehingga tengahari hari ini.

"Orang di sana bekerja sehingga tengah hari. Jam 2 petang, mereka akan mengundi. Tetapi saya fikir secara keseluruhan, kadar keluar mengundi adalah rendah."

Mah juga berkata, beliau dapati ramai pengundi luar kawasan kembali untuk mengundi kali ini, tetapi beliau berkata, mereka tidak semestinya mengundi calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

"Ada pengundi luar kawasan yang menghubungi saya mengatakan mereka akan mengundi BN," kata Mah.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini memaklumkan, kadar keluar mengundi adalah 46.65% pada jam 1 tengahari, dengan 27955 daripada 60349 pemilih berdaftar Teluk Intan sudah membuang undi.

Semasa pengundian awal pada 27 Mei, kira-kira 95.61% atau 392 daripada 410 pengundi membuang undi mereka.

Proses pengiraan undi akan dilaksanakan sebaik sahaja selepas pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang hari ini, walaupun satu pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai akan ditutup satu jam lebih awal kerana jumlah pengundi yang kecil, pengarah SPR Perak Ahmad Adli Abdullah berkata semalam.

Kotak undi pertama dijangka tiba di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib pada jam 6.30 petang, manakala keputusan akan diumumkan seawal 9 malam ini. ~tmi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAP sudah ken kencing dengan Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR) Menaga dan kenapa pengundi pengundi Melayu tidak berani melakukan perubahan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...