25 Januari 2014

UNDI TIDAK PERCAYA UNTUK NAJIB, UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA !!!




Undi tidak percaya Najib, BN perlu fikirkan rakyat

 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diharapkan tidak memikirkan soal politik semata-mata, sebaliknya meletakkan kepentingan rakyat dan negara untuk bersama-sama mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad Shah, yang menyokong penuh gesaan untuk mengemukakan undi tidak percaya itu, berkata terlalu banyak isu kritikal yang melanda negara, namun tidak dapat diselesaikan sebaiknya oleh Najib.


"Kalau PM tidak sanggup memainkan peranan dalam menyelesaikan segala isu kritikal di negara ini, termsuk isu kalimah Allah, kenaikan harga barang dan pelbagai krisis lain, eloklah jika kita mencari ganti Perdana Menteri bagi memastikan kapal kita memiliki nakhoda yang benar-benar ada hala tujunya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya Ahli Parlimen BN perlu sedar dan berani untuk bersama-sama menyokong usaha untuk mengemukakan undi tidak percaya ini demi masa depan negara dan generasi akan datang.

Kelmarin, Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengajak ahli parlimen BN bersama-sama mengemukakan undi tidak percaya atas kegagalan Najib mentadbir negara ini dengan lebih baik.

Mahfuz, dalam kenyataannya semalam berkata usul tidak percaya itu wajar dilakukan demi kepentingan negara dan rakyat, di mana negara tidak 
mampu lagi mempunyai PM 'kangkung'.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Bukan setakat Najib je malah seluruh kabinet harus letak jawatan kerana telah gagal dari segala sudut! Segala penambahbaikan yang diusahakan oleh kejaan semata2 untuk mengekalkan UMNO terus berkuasa dan kebajikan negara dan rakyat adalah perkara ke 47! Kah kah kah kah kah.. Kejaan 47%.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...