23 Januari 2014

PERKASA DAN UMNO DALANG DISEBALIK KES PUKUL PEGAWAI KERAJAAN - DAKWA TKM1 -SAKSIKAN VIDEO TERPANAS

Video diatas Penolong Pengawai Daerah dibelasah ..!! Saksikan..



Sebelum itu.. baca dulu laporan dari BERNAMA yang mendedahkan siapakah gerangan yang membelasah Ketua Penolong Pengawai Daerah dalam satu operasi merobohkan binaan haram di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini.

GEORGETOWN: Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara jam 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.

"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan.





LAGI GAMBAR-GAMBAR INSIDEN KEGANASAN TERSEBUT


EKORAN DARI KEJADIAN TERSEBUT :

Kes pukul pegawai kerajaan, mesyuarat tergempar esok


GEORGE TOWN - Suatu mesyuarat tergempar membabitkan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) bakal diadakan pada jam 3 petang esok di Pejabat Ketua Menteri, Y.A.B.Tuan Lim Guan Eng berhubung insiden Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Abu Hassan Omar dipukul individu tertentu di Teluk Bahang, dua hari lepas.

"Siapa lagi akan selamat kalau seorang pegawai kanan boleh dipukul secara terbuka di depan anggota polis...tak pernah berlaku di Malaysia," ujarnya pada sidang media di Komtar di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) turut hadir pada sidang media itu.

Justeru, Guan Eng menasihatkan semua pihak supaya tidak terperangkap oleh tindakan agresif kumpulan itu.
"Jangan terperangkap dengan jerat mereka dengan mengadakan tindakan provokasi lain pula seperti mereka," tegasnya.

Sebelum itu, Mohd. Rashid berkata, Kerajaan Negeri mengecam berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab di mana ahli-ahli pertubuhan seperti PERKASA dan UMNO berada di kawasan kejadian.

Kecaman itu turut dipanjangkan dalam Majlis Perundingan dan Keselamatan Negeri yang membabitkan semua ketua pasukan keselamatan, pegawai daerah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) pada pagi tadi.

"Kerajaan Negeri menghargai jaminan Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam mesyuarat pagi ini bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang memukul Encik Abu Hassan (Abu Hassan)," ujar Mohd.Rashid.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri meminta tindakan diambil di bawah Seksyen 186 dan 332 Kanun Keseksaan ke atas individu terbabit.

Pada hari kejadian, Abu Hassan serta anggotanya menjalankan tugas penguatkuasaan ke atas 14 buah struktur kosong berupa gerai haram yang sedang dibina serta yang baru dibina.

Mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis.

Ekoran insiden itu, Mohd. Rashid berkata, pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri hanya merobohkan gerai Melayu sahaja.

Walhal, jelas beliau, aduan berwajib yang diterima PBT sebenarnya daripada orang tempatan Melayu sendiri.
"Kerajaan Negeri tidak akan tunduk kepada kumpulan jenayah jahat ini, tetapi juga akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab rasmi kerajaan kami untuk memelihara serta menjamin keselamatan dan ketenteraman awam," ujar Mohd. Rashid. ~ Sumber Berita


4 ulasan:

Awanama berkata...

Macam mana boleh jadi begini ?
Batu Api perlu bertanggungjawab.
Makin susah mencari rezeki halal di tanahair sendiri.
Bangla Myanmar Vietnam semua ketawa gembira !!!

Awanama berkata...

Baru datang berapa kerat dah huru hara jadinya...pakatan datang beratus ribu rilek je...menunjukkan betapa matang dan hebatnya pemimpin pakatan mengawal penyokongnya...syabas buat pemimpin pakatan rakyat...sememangnya anda berhak bergelar pemimpin...

Awanama berkata...

ini polis atau anjing,dtg utk ambik gambar je...tak nak pulak diorang tembak je mcm tembak adik aminul rasyid tempoh hari

Awanama berkata...

Mana pancuran air, mana gas pemedih mata. Takkan polis tak terima arahan untuk bertindak. Nasib P.Daerah tu cedera ringan kalsu parah...ha....nak kata dia pukul dirinya sendiri pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...