05 Disember 2013

PANAS ! KERANA MEMBODEK BOS, PENOLAKAN UTZ. KAZIM BERI TAMPARAN BUAT UMNO....


Penolakan Ustaz Kazim tamparan buat Umno, kata bekas pemimpin




Keputusan penceramah bebas, Mohamad Kazim Elias untuk menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi tamparan hebat kepada Umno terutama kepada presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno mengulas mengenainya dan menyifatkan ia berlaku berikutan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan Umno sendiri.

Bekas pemimpin kanan Umno, Tan Sri Dr Rais Yatim (gambar) yang menulis di Twitternya berkata: "Ustaz Kazim tolak jadi ahli MT Umno, yang rekomen beliau tu kenalah jawab. Kenapa tak buat kaji selidik dulu. Terus-terus jadi MT salah di sisi peraturan".

Setiausaha Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin juga sependapat dengan Dr Rais.

Beliau yang juga bloger Sang Kelembai berkata, pelantikan Kazim yang dibuat tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu adalah perancangan salah.

Malah, katanya, ia lebih kepada tindakan cuba mendapat kredit peribadi atau dengan kata lain “membodek bos”.

"Akhirnya Ustaz Kazim Elias tolak dilantik MT Umno. Agaknya dia dah istikharah malam tadi. Satu tamparan hebat pada Umno.

"Ini dia kerja mereka yang tidak merancang dan buat strategi, hanya kerana nak dapat kredit peribadi pada Boss," tulisnya di Facebook.

Semalam, Kazim menolak pelantikan menjadi MT Umno yang diumumkan perdana menteri, baru-baru ini dengan mengemukakan tiga alasan.

Alasan tersebut adalah kerana komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Keputusan itu diumumkan beliau selepas mengadakan pertemuan selama sejam dengan presiden Umno di bangunan Parlimen, beberapa hari lalu.

Zaharin berkata, "Perlembagaan Umno mestilah dihormati. Masa bertanding jawatan dalam Umno, kena ikut peraturan.

"Jika tak cukup tiga tahun jadi ahli, tak layak bertanding sebarang jawatan. Tak jadi ahli dan tak cukup tiga tahun jadi ahli boleh pula dilantik jadi ahli Majlis Tertinggi Umno.

"Boleh tak orang yang berkuasa di Ibu Pejabat Umno beri jawapan. Atau pembesar Umno buat Umno ini macam emak bapa dia punya," katanya.

KENYATAAN DIBAWAH KERJA BODEK NAJIB.....MT UMNO YANG BARU....UNTUK COVER KEMALUAN NAJIB?........


Tolak Jawatan UMNO Pun Boleh Berdosa? UKE Berdosa Pada Agama Kata MT UMNO..

Penolakan Mohammad Kazim Elias (gambar) atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno disifatkan sebagai satu dosa kepada agama, kata Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau yang juga ahli MT Umno berkata, cadangan pelantikan Ustaz Kazim adalah penting kerana parti terbesar Melayu itu memerlukan ahli agama selain menggesa pendakwah bebas itu agar jangan terlalu memikirkan kritikan masyarakat.

“Sewajarnya beliau perlu menerima tawaran tersebut memandangkan Umno memerlukan orang agama untuk membantu mereka. “Jika kita berada di luar dan tidak sama-sama di arus perdana, kita pasti tidak dapat membantu, nescaya kita akan melakukan sesuatu yang saya anggap dosa kepada agama ini,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.


Patutlah ahli2 UMNO dok sesama sendiri gila babi merebut pelbagai jawatan dalam UMNO. Rupa2nya takmo berdosa terhadap agama. Ya amponnnnn. Aku minta maaf pada semua geng2 UMNO. Selama neh aku dah salah faham. Aku ingatkan korang semua gila babi nak kan jawatan sebab gila kuasa, pangkat, harta dan kedudukan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...