12 November 2013

THE STAR MENGHINA YANG DIPERTUAN AGUNG... APA MCA MAU LAGI?


PAS anggap akhbar hina Agong isu Ibrahim Libya

Pemuda PAS Kedah menyifatkan laporan The Star yang mengaitkan guru agama Ibrahim Libya dengan ajaran sesat dalam peristiwa Memali sebagai "provokasi, jahat dan tidak beretika" sekalipun pihak berkuasa mengisytiharkan demikian.


Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria (kanan) berkata dakwaan itu seolah-olah menghina Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mencemar duli menziarahi kubur Ibrahim - yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya - selepas insiden itu.

"Petikan itu adalah satu provokasi untuk mewujudkan satu ketegangan agama di dalam negara dan di kalangan masyarakat. Media cuba mengambil alih peranan pihak berkuasa agama dengan menyiarkan petikan basi itu.

"Petikan dan siaran itu adalah sesuatu yang amat jahat dan tidak beretika. Justeru itu Pemuda PAS Kedah menuntut pihak The Star menarik balik dan memohon maaf segera kepada seluruh umat Islam dan ahli keluarga yang terlibat dalam isu Memali," kata Nasir dalam satu kenyataan.

Isu Ibrahim Libya muncul semula ekoran gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada 31 penganut ajaran sesat "Tuhan Harun" menyerah diri susulan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Ahmad Rafli Abdul Malek baru-baru ini.

Laporan akhbar itu turut melaporkan empat kes utama melibatkan keganasan kumpulan ajaran sesat termasuk kumpulan Imam Mahdi dan Al-Ma'unah.


Dianggap syahid ahli majlis fatwa

Mengulas lanjut, Nasir berkata pihaknya akan membuat laporan polis dalam tempoh tiga hari sekiranya tiada tindakan dari The Star dan akan memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyampaikan memorandum bantahan.

Manakala, pemimpin Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat pula menyifatkan tuduhan itu biadap memandangkan peristiwa di Memali masih gagal disabitkan dengan aktiviti pengganas.

Suhaizan (kiri) yang juga bekas ketua Pemuda Johor berkata tokoh agama itu dianggap pemimpin masyarakat dan kematiannya dianggap syahid seperti disahkan ahli Majlis Fatwa Kedah, Yahya Junid dan Azahari Abd Razak ketika itu.

"Bahkan, kes Memali yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah ini masih gagal diputuskan kedudukannya sehingga ke hari ini.

"Justeru, untuk meletakkan kedudukan Almarhum Ibrahim Libya sebagai pengganas di Malaysia sepertimana dilaporkan The Star adalah amat tidak bertanggungjaawab dan biadap sama sekali khususnya kepada ahli keluarga dan kebanyakan rakyat yang mengenali almarhum," katanya.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata beliau tidak teragak-agak untuk memobilisasi rakyat untuk menyatakan bantahan ini sekiranya akhbar itu tidak tarik balik dan permohonan maaf dibuat. ~ MK

Gambar: Bergambar bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria II & juga bersama pemuda-pemuda PAS  di hadapan IPD Kota Setar seusai membuat laporan mengenai kebiadapan akhbar The Star yang mengaitkan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya dengan ajaran sesat.

Gambar oleh Harakah Kedah

Laporan Polis telah dibuat hari ini,  Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria II & juga bersama pemuda-pemuda PAS di hadapan IPD Kota Setar selesai membuat laporan mengenai kebiadapan akhbar The Star yang mengaitkan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya dengan ajaran sesat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...