21 Oktober 2013

Tun Mahathir Sanggah Najib...TRANSFORMASI UMNO GAGAL


"Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan,"

Mahathir kata sudah jangka Mukhriz tewas
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anaknya Datuk Mukhriz tidak akan berjaya dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib Presiden Umno.

Katanya, keputusan pemilihan semalam juga menunjukkan anggota Umno terus mahukan muka-muka lama.

"Saya nampak orang lama yang dipilih semula, nampak Umno hendak orang lama kekal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang Putrajaya 2013, di Putrajaya hari ini.

"Sebelum dia (Mukhriz) bertanding lagi, saya dah kata dia (Mukhriz) nak kalah, dia (Mukhriz) punya peluang 50-50 atau kurang. Saya punya andaian memang betullah," katanya.

Sebanyak 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem electoral college bagi memilih tiga Naib Presiden baharu. Setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian, dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan.

Keputusan rasmi pemilihan Naib Presiden yang diumum awal pagi ini menunjukkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memperoleh 100 undi bahagian mendapat saingan sengit daripada Mukhriz yang memperoleh 91 undi bahagian.

Ditanya sekiranya keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu mungkin menyukarkan proses transformasi Umno, Tun Mahathir berkata keputusan pemilihan semalam membuktikan arus perubahan dalam parti itu tidak berjaya.

"Tak tahulah...sesetengah orang hendak perubahan. Sesetengah orang hendak kekal. Itu terpulanglah...

"Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan," katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah..kah..mana ada pemikiran boleh jadi diremajakan. Otak makin tua, makin kecut. Tambahlagi golongan dari syaitan yang dikenali... Punahlah bee eend.

Tanpa Nama berkata...

Untuk pertama kali sejak meninggal J/K Kecil pembangunan danperlaksanaan MMC bahagian teknikal. Saya nak memanggil T M dengan penuh sopan, Yang Berbahagia Tun dari apa yang berlaku sekarang sudah jelas bukan saja puak PR meluat dan membenci kerenah Y Bhg Tun sejak meninggalkan jawatan PM, puak dalam umno yang sakit dengan seribu satu penyakit peninggalan Tun juga dah meluat dan bosan belum sampai tahap jijik dengan kerenah Tun.
Terakhir bila Tun secara terang dan langsong memijak, melanyak, meredah dan melynyai kepimpinan negeri demi nak bawa anak Tun Mukhris kemercu pimpinan Kedah.
Tun, orang laa ni tak macam dulu, walaupun pada anggapan Tun hanya yang bedoh saja tinggal dlam umno, tapi mereka tak bangang.... Depa ada maruah ada herga diri.....
Inilah jadinya........
Kalau Tun tak kalut sangat mungkin berbeza......
Pikiak pikiak lah tuan lebih baik banyak bertaubat dan berzikir..... Banyak sangat salah cakap dan laku Tun selama ni.
Tengok macam mantan pemimpin lain depa disanjung seluruh dunia bila SESEKALI bersuara... Ni keadaan Tun sebaliknya...... orang bendang di Kodiang pun dah melaut.......

Tanpa Nama berkata...

Pengaruh Che Det semakin mengecut,khalayak yang ramai pun dah semakin meluat dengan percakapan dan perkataanya.Semasa MB Kedah dulu sebelum PR memerentah beliau tak dihormati,apalah lagi setelah tiada kuasa.Rasanya Che Det nie tak boleh hidup tenteram jikalau dalam tempuh 30 hari tak dengar tepukan dan ucapan aluan tentang kehadiran dirinya.Sejenis physikopat.

Tanpa Nama berkata...

Physicopat tok saya kata sasau......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...