22 Oktober 2013

HOT ! PUNCA TSKI KUMPUL RIZAB RM3 BILION TERBONGKAR




KALAU BETUL DENGAN GRAF DIATAS MAKNANYA  PADA 2013 BAKI WANG NEGARA MALAYSIA HANYA TINGGAL BAWAH RM 2 BILION.....SATU ANGKA YANG MENAKUTKAN......

TENGOK PULA KEMAMPUAN KERAJAAN PR SELANGOR MENGURUSKAN EKONOMI......:

KENYATAAN AKHBAR21 OKT 2013

RIZAB UNTUK BERMEGAH ATAU BERHEMAH?

Kerajaan Selangor pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim (TSKI) sangat mementingkan kestabilan kewangan negeri dalam usaha meneruskan kecemerlangan pentadbiran negeri.

TSKI juga telah menyediakan beberapa perancangan terperinci untuk menggunakan wang rizab negeri yang dikumpul sejak menerajui Selangor hasil dari amalan berbelanja secara berhemah dan tertib. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan gagal menghormati semangat federalisme lantas banyak pembangunan prasarana di Selangor tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Persekutuan.

Meskipun Negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dari segi kutipan hasil cukai iaitu melebihi 23% pada 2012, namun agihan peruntukan untuk pembangunan ke negeri ini tidak setimpal. Tanggungjawab menyediakan prasarana di negeri ini sentiasa diabaikan walaupun tanggungjawab itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang bermewah mengutip pelbagai bentuk cukai.

Selaku sebuah kerajaan negeri yang bermaruah, Kerajaan Selangor tidak akan meminta sedekah untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini tetapi telah sedaya upaya bersiap sedia dengan menyediakan kedudukan ekonomi dan kewangan yang kukuh.

Walaupun Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk membina jambatan ketiga di Klang bagi mengurangkan kesesakan lalulintas, apatah lagi upacara memecah tanah bagi projek tersebut telahpun disempurnakan dengan gilang gemilang, namun setelah kalah dalam PRU12 pada 2008 yang lalu satu batang cerucuk pun tidak kelihatan hingga ke hari ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan sekurang-kurangnya RM300 juta wang rizab negeri untuk menunaikan janji yang tidak ditepati Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Selangor.

Begitu juga apabila sikap Kerajaan Persekutuan yang sering berdolak dalik di dalam memuktamadkan proses penstrukturan industri air telah membuatkan TSKI mengambil sikap lebih berhati-hati dalam menggunakan wang simpanan sebagai persediaan sekiranya kerajaan Persekutuan berterusan mahu memihak kepada pemegang konsesi dan mengkhianati hak dan kepentingan rakyat Selangor. Tekad kerajaan negeri adalah untuk mengambilalih urusan perkhidmatan air selari dengan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA.

Pentadbiran TSKI juga telah menyediakan dana dari rezab negeri sebagai persediaan keperluan pembinaan sebuah hospital baharu di Klang sekiranya Kerajaan Persekutuan terus tidak ambil peduli dengan nasib rakyat yang terpaksa tidur di kaki lima di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang pada masa ini terlalu sesak dan kekurangan katil. Kerajaan Selangor sanggup menyediakan dana ini walaupun pembinaan hospital adalah tanggungjawab sepenuhnya kerajaan Persekutuan.

Sebenarnya, tiga contoh di atas adalah di antara perancangan TSKI dalam membelanjakan wang rezab negeri yang dikumpul saban tahun sejak 2008 yang lalu. Sesungguhnya, amalan menyimpan jauh lebih sukar dari berbelanja. Ianya memerlukan iltizam dan jatidiri yang tinggi, hingga sukar untuk mencari contoh dan ikutan dewasa ini. Sedangkan pemimpin yang “pandai berbelanja”, berderet contoh diberikan di dalam Laporan Audit Negara.

Barang pasti segala perit getir mengumpul dana negeri adalah semata-mata mahu melaksanakan pembangunan yang memberi kebajikan kepada rakyat, itupun setelah perancangan terperinci dilakukan. Menghasilkan simpanan rizab negeri yang tinggi tidak dilakukan dengan niat mahu memapar angka yang cantik pada tarikh penutupan akaun. Jauh sekali mahu bermegah-megah di atas kertas. Nakal dan kebudak-budakkan sahaja bunyinya.

Adalah menjadi sikap semulajadi TSKI tidak mahu bercakap mengenai sesuatu perancangan sebelum ianya berjaya menunjukkan sebarang hasil. Justeru, semua perancangan di atas tidak diwar-warkan kepada umum.

Akibatnya, TSKI sering dilabelkan sebagai seorang Menteri Besar yang paling kedekut kerana dikatakan sukar meluluskan permohonan berbelanja menggunakan wang rezab negeri. Malah kekangan serta sikap diskriminasi kerajaan Persekutuan merupakan punca utama TSKI begitu berhati-hati untuk berbelanja, apatah lagi penggal ini baharu sahaja bermula dan tempuh bagi PRU14 sekaligus menakluki Putrajaya masih agak lama.

TSKI maklum dengan pelbagai label dan jolokan yang diberikan ke atasnya. Malah bersikap terbuka dan amat menghargai teguran membina dari mana-mana pemimpin samada dari Pakatan mahupun UMNO-BN. Pada masa yang sama TSKI juga merai pandangan rakyat dengan mengadakan Dialog Bajet setiap tahun untuk dijadikan panduan kepada kerajaan negeri sebelum membentangkan unjuran belanjawan. Pada dialog kali ini telah dipersetujui dengan sebulat suara bahawa wang negeri wajib dibelanjakan mengikut keperluan dan kepentingan (priority) bukan sekadar kemampuan.

TSKI yakin rakyat Selangor memahami dan bersetuju dengan cara dan pendekatan kerajaan negeri mengurus dana rakyat secara berhemah dan berlandaskan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. Pada masa yang sama kepentingan rakyat tidak di kesampingkan apabila sejumlah lebih RM1,000 juta telah dibelanjakan melalui program-program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor sejak diperkenalkan pada 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat mendapat majoriti 2/3 pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu kerana pendekatan yang sama diguna pakai pada penggal sebelumnya.

Rakyat masih terkejut dengan pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Audit Negara di dalam Laporan Audit 2012. Rakyat berasa kecewa, marah dan ramai juga yang menyumpah para pemimpin apabila wang mereka dibelanjakan secara curang dan boros.

Justeru, Selangor perlu kekal dengan dasar berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat kerana mandat dan harapan rakyat diberikan kepada pemimpin adalah untuk mengurus dan mentadbir harta, hak dan kepentingan mereka. Mandat dan tanggungjawab tersebut terletak sepenuhnya pada bahu barisan pimpinan kerajaan negeri di bawah teraju TSKI.





FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

3 ulasan:

songket emas berkata...

Assallamuallaikum.Tahniah dan syukur kpd ALLAH SWT diatas segala nikmat yg telah diberkan semenjak TSKI memerintah Selangor.
Biarlah TSKI berdiri diatas semangat juang dan iktiqad dlm memajukan Selangor dari bantuan pusat yang haprak dan menghabis jutaan duit rakyat.Semua gejala haramjadah ni utk kepentingan peribadi menteri2 umno.Semoga ALLAH TAALA memberi kesempatan PR memerintah Malaysia.HIDUP TSKI.HIDUP PR.MALAYSIA TANAH TUMPAH KITA.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Saya berdoa kehaderat Allah semoga jangan diganti pemimpin ini jika bukan dengan yang lebih baik.

Kepada rakan-rakan lain dalam PR lihatlah dengan mati hati bukan dengan IRIHATI, kekurangan dan sedikit kepincangan atasi dengan berhemah dan suro......

Kepada sesiapa saja yang berasa ia boelh lakukan yang lebih baika masa akan tiba..... Setakat ini rakyat selesa pelabur gembira.....

Mari beri sokongan, dorongan dan bimbingan.......
Pemimpin ikhlas, Selnagor Sejahtera Rakyat Bahagia

songket emas berkata...

Semoga ALLAH memelihara pemimpin yang ikhlas memimpin negeri yang dipimpin nya.Walaupun ana rakyat Kedah tapi ana bangga dgn Selangor yang dipimpin oleh anak Melayu dan berjiwa Melayu Islam.Bukan mcm.......sapa arrrr dr umno.Nama jer melayu umno tapi pelingkop duit rakyat.menteri2 umno n kroni kaya raya.RAKYAT mcm merempat dibumi sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...