20 Oktober 2013

Ramalan Tepat Mukriz Tewas Jugak.....

Tewas di medan perang Naib Presiden, Mukhriz tetap gembira



Datuk Mukhriz Mahathir tersenyum meskipun tewas ketika tiba di PWTC malam tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Oktober, 2013.

Meskipun kalah tipis dengan perbezaan sembilan undi untuk menduduki tangga ketiga dalam merebut kedudukan Naib Presiden, Datuk Mukhriz Mahathir tetap gembira dengan keputusan berkenaan kerana tidak menjangkakan keputusan itu.

Mukhriz terpaksa berpuas hati dengan 91 undi, sekali gus berada di tangga keempat di belakang Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang memperolehi 100 undi.

"Saya bermula agak lewat. Saya melawan penyandang. Walaupun ada pihak yang skeptis terhadap peluang saya. Saya gembira dengan keputusan. Ia beri keyakinan terhadap karier politik saya," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), awal pagi tadi.

Keputusan penuh yang diumumkan sekitar jam 1.40 pagi menyaksikan trio Naib Presiden mengekalkan status quo mereka dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperolehi 185 undi dan Datuk Seri Shafie Apdal menerima 174 undi.

"Saya terkejut. Saya tidak jangka akan dapat sedemikian. Saya gembira. Saya rasa saya ada tempat untuk menyumbang dalam transformasi parti. Saya masih boleh buat. Saya masih Menteri Besar Kedah.

"Saya memang dari awal bertawakal dan percaya pada hikmah dan ketentuan Allah. Bila keputusan dimuktamadkan saya terima dengan baik, anggap itu satu lagi sejarah dalam karier politik saya," katanya.

Mukhriz berkata, meskipun tewas menggugat kedudukan status quo, secara peribadi beliau gembira dengan keputusan berkenaan.

"Ia kemenangan bagi saya. Saya masuk lewat, dan bukan daripada kalangan menteri persekutuan. Andaian ramai ialah saya tidak akan ke mana dengan cubaan saya.

"Tetapi hendak capai ke tahap ini adalah satu kejayaan bagi diri saya. Saya sangat puas hati," katanya.

Beliau berkata, fokus utamanya kini adalah Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bulan depan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...