30 Oktober 2013

Gempar ! Pengawal Bank Buat Hal Lagi, Kali Ni TERLEPAS Tembak Di Kaunter Juruwang



GEORGE TOWN – Polis menahan seorang pengawal keselamatan yang melepaskan tembakan secara cuai dalam sebuah bank di Jalan Datok Keramat di sini Rabu, untuk siasatan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata dalam kejadian pukul 11.30 pagi, lelaki berusia 53 tahun terbabit secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan menggunakan pump gun di bahagian belakang kaunter juruwang.
Post Pic

“Ketika kejadian pengawal itu ditugaskan berkawal di ruang antara bilik kebal di ruang belakang kaunter juruwang dan siasatan lanjut mendapati dia mempunyai lesen senjata api yang sah.

“Kita turut menyiasat berapa lama dia telah bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata tembakan itu menembusi lantai jenis playwood dan tiada kecederaan dilaporkan. – BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mgkn pengawal tu mengantuk sbb kurang gula...tertembak masa tgh layan ngantukkk..so jgn ikut arahan menteri...gula utk bg tenaga bg yg kerja berat.. yg keja biasa..kena kontrol

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah kah.
Tenaga batin dia cmana plakkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...