02 September 2013

Bajet: Anda Berangan Dapat BR1M 3...Jangan Lupa Anda Juga Dapat GST Dan Tiada Lagi Subsidi.....


Hapus Subsidi Ganti BR1M 3. Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) Akan Ada Dalam Bajet 2014?




Pembentangan Bajet 2014 akan diumumkan tidak lama sahaja lagi. Dan telah ada perkhabaran yang mana senaraian subsidi yang dinikmati oleh kalangan rakyat Malaysia akan terus ditarik secara beransur-ansur untuk dihapuskan tidak lama sahaja lagi di mana akan digantikan pula dengan pembayaran tunai BR1M 3 (2014). Dan….

Dan yang menariknya lagi, dijangka juga dalam pembentangan Bajet 2014 kali akan dimasukkan sekali cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seperti yang diperkatakan ramai sebelum ini di mana ia akan dilaksanakan selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke 13. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Kementerian Kewangan, aapa tujuan dilakukan semua ini? Nah…ini jawapannya …..


“memelihara negara dan tidak membebankan rakyat”


Ini semua berpunca melihatkan kepada keadaan ekonomi Malaysia yang akan terus tidak menentu dek kerana pertumbuhan rendah dan penurunan imbangan akaun semasa.




GST dijangka akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia mula diumumkan kelak dalam pembentangan Bajet 2014. Insyaallah.

GST bukannya pilihan untuk orang ramai, tetapi adalah kemestian kepada semua orang Malaysia kecuali barangan seperti susu dan tepung yang akan diberikan rebet sifar.

Pengurangan subsidi akan mula diumumkan pada minggu hadapan. Nantikan. Apa kata anda pula? Sudah bersedia?

4 ulasan:

megat panjialam berkata...

Sila senaraikan negara manakah di dunia yang rakyat mereka diberikan subsidi dan negara manakah yang tiada GST.

Awanama berkata...

boddo ko ni megat....ko igt cukai kt GST tu je ke.....kalau dah macai UMporNO tu....

Awanama berkata...

memang bodo, negara lain yang amal GST tu uruskan kewangan dengan telus. Kebanyakan rakyatnya dapat manafaat, bukan yang sokong parti tertentu ja. Pemimpin rasuah akan letak jawatan. Macm2 lagi perbezaannya. Kalau setakat cara pemerintahan negara ni tak payah compare ler. Jangan fikir macam tahap sesetengah orang kampung. Malu ler sikit..

Awanama berkata...

Aku setuju memang mamat tu bodoh & tengin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...