01 Ogos 2013

Rasmi : Honda Accord 2.4L dan 2.0L akan menggantikan Proton Perdana Executive dan Proton Inspira




Nampaknya memang sah pihak kerajaan Malaysia akan menggunakan kereta rasmi baharu bagi menggantikan model Proton Perdana Executive dan Proton Inspira. Model baharu yang akan digunakan itu tidak lain ialah Honda Accord 2.4L dan juga Accord 2.0L, seperti mana digembar-gemburkan sebelum ini bahawa Proton akan melakukan tugasan ‘rebadging’ model Accord untuk ditukar kepada model Perdana baharu.

Surat pekeliling arahan mengenai perkara tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharan Negara, anda boleh membacanya melalui imej yang sempat saya rakamkan di pejabat sebentar tadi. Bagaimanapun, di dalam surat pekeliling tersebut tidak pula dinyatakan jika Honda Accord yang bakal digunakan itu merupakan model Perdana baharu setelah ditukar lencananya oleh Proton.


Atau mungkin pihak kerajaan tidak lagi keberatan untuk menggunakan sebuah kereta rasmi berlambangkan logo Honda setelah lama menggunakan Perdana Executive yang dikatakan menelan kos penyelenggaraan tinggi itu. Lagi pun pada pendapat saya, tidak ada salahnya pihak kerajaan menggunakan model sebenar Honda Accord untuk urusan rasmi tanpa berlambangkan logo Proton.


~Keretamoto.com

Gambar Kereta Rasmi Kerajaan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...