27 Ogos 2013

Kalau Tengok Sendiket Dadah Nie Dah Jadi Macam Mexico Asia?

Rampasan dadah RM11.56 juta terbesar di Pulau Pinang

Georgetown: Satu sindiket memproses dan menjual dadah jenis syabu, ecstasy dan ganja berjaya ditumpaskan polis negeri ini dengan kerjasama Bukit Aman malam tadi

Dalam operasi mulai jam 5 petang hingga 4 pagi itu, enam lelaki ditahan membabitkan beberapa premis.
Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM11.56 juta dan rampasan itu terbesar di negeri itu dalam tempoh tiga tahun.

Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM30,660, dua kereta jenis Proton serta peralatan memproses dadah.



PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim (kiri) bersama Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.

Semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari.




RM4.9 juta dadah dalam bot nelayan

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya menggagalkan usaha sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang menggunakan sebuah bot nelayan untuk menyeludup kira-kira 26.2 kilogram (Kg) dadah jenis syabu bernilai lebih RM4.9 juta, Jumaat lalu.

Pengarah JKDM Kedah Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, dalam serbuan kira-kira 3.30 pagi itu, sepasukan anggota penguat kuasa Kastam Langkawi menyerbu bot nelayan berkenaan ketika menghampiri Jeti Penumpang Kuala Kedah, di sini.

"Hasil pemeriksaan terhadap bot itu menjumpai empat bungkusan plastik mengandungi 25 ketulan mampat serbuk hablur putih disyaki dadah jenis syabu disorok di bahagian belakang bot terbabit berhampiran tempat penyimpanan ikan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat JKDM Kedah, di sini, hari ini.

"Ketika serbuan dilakukan, enjin bot berkenaan masih hidup, manakala dua lelaki yang kelihatan berada di atas bot sebelum serbuan sempat melarikan diri."


Beliau tidak menafikan bahawa sindiket pengedaran dadah antarabangsa kini menggunakan laluan air khususnya laut untuk membawa masuk bekalan dadah dari negara jiran berikutan dianggap 'selamat' dan kegiatan mereka sukar untuk dikesan.

"Ini adalah kes pertama bagi Kedah membabitkan percubaan menyeludup bekalan dadah menggunakan bot nelayan dan kita tidak menolak kemungkinan sindiket pengedaran dadah menukar taktik mereka bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya. -mymetro

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...