04 Jun 2013

TERHANGAT ! PASAI APA MB BARU NIE, BELUM APA-APA DAH MERAPU ?



Kerajaan Kedah mengesahkan aktiviti pembalakan di dua lokasi sekitar negeri ini masing-masing di Padang Terap dan Baling, sudah diarah dihentikan serta-merta buat sementara bagi tujuan siasatan dan penilaian semula.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata arahan itu berkuat kuasa 18 Mei lalu membabitkan dua projek pembalakan iaitu untuk tujuan agro-pelancongan di sekitar empangan Pedu di Padang Terap dan projek ladang rakyat di Gunung Inas, Baling.

Katanya, arahan itu dibuat susulan aduan orang ramai yang mendakwa menerima kesan daripada aktiviti pembalakan di kedua-dua lokasi terbabit yang dilaksanakan ketika pemerintahan kerajaan negeri di bawah PAS Kedah sebelum ini.

Henti sementara

Sebenarnya arahan sudah dikeluarkan, tetapi bukannya untuk hentikan terus penebangan. Kita buat arahan untuk hentikan sementara selepas terima rungutan daripada penduduk kampung mendakwa aktiviti pembalakan menjejaskan bekalan air.

Kita nak siasat mungkin Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) tidak disediakan sebelum balak ditebang. Nak kembalikan semula balak yang dah ditebang itu mustahil, jadi tindakan terbaik kini ialah hentikan penebangan.

Kita ada hak untuk hentikannya jika aktiviti penebangan tidak dijalankan ikut prosedur. Kita cuma mahu pastikan semua pihak ikut ketetapan disediakan dan jika ada arahan walaupun kecil yang tidak dipatuhi, maka ia akan dihentikan, katanya kepada pemberita, di sini, semalam. ~2 jun 2013



Alahai MUKHRIZ.. pengumuman hang stop tebang balak nampak hebat tapi hakikatnya hang nie tau ka dak..???

Alahai Mukhriz, MB baru Kedah yang asyik dok dengaq nasihat bapak cobaklah hang keluaq sikit dari pelukan bapak hang tu dan buat keputusan berdasarkan kebijaksanaan dan kewarasan sendiri.

Kenyataan di bawah ni menjelaskan bahawa MB Kedah ni seorang yang tak tau apa-apa. Sepatutnya bila pegang teraju negeri, panggil semua pegawai negeri berkaitan termasuk juga GLC untuk beri taklimat berhubung perklara-perkara besar di Kedah ni. 


Lepas tu baru bincang nak buat penyelesaian macam mana... ini tidak dapat pegang jawatan, tak sempat nak tau perkembangan terkini negeri dah cau pi makan angin kat luag negeri... balik bila press tanya mula buat statement merapu. Cuba tengok di bawah ni..









Untuk maklumat YAB.. projek balak kat Pedu dan Gunung Inas tu memang berhenti lama dah, dah habih pun projek balak... awat Datuk Rasli habag kat hang kata tak habih lagi ka? Rasli tu mesyuarat Exco zaman Ustaz Azizan dulu dia tuang semedang, mana dia tau apa pasai perjalanan kerajaan negeri. Jadi kalau YAB keluar arahan supaya projek balak di dua tempat tu berhenti maknanya hang dah tertinggai keretapi setahun dah.

Kedua, arahan suruh berhenti sementara kedua projek ladang di Gunung Inas dan Pedu. Pasai Gunung Inas tu aku tak kisah sangatlah sebab sebahagian kecil sahaja yang baru bermula dan pokok yang ditanam ialah getah klon balak jadi tak rumit sangat penjagaan. Tapi kalau projek ladang agrotuorisme Charok Genting Bunga Pedu hang suruh berhenti sementara... itu dah kes nak khianat harta rakyat jelata.


Projek tu dah berjalan jauh, bukan setakat baru pugar tanah. Dah bersihkan hutan, buat teres, tanam tutup bumi, siap infrastruktur saliran, pembekalan benih, sudah tanam secara sistematik, penjagaan rapi sudah dibuat secara harian... tunggu masa dua tiga tahun saja lagi kelamlah (kata orang Perlis) mukabumi tu dengan ladang buah-buahan. Sebahagian hasil sudah boleh dikutip masa tu. ~ 3hb.Jun 2013

Sumber : Kedah La

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...