03 Jun 2013

PECAH BERITA ! DS ANWAR JUGA DILARANG MASUK KE SABAH....!!!





Menerima senarai nama bagi mereka diharamkan daripada memasuki Sabah. DAP Sabah menggesa kerajaan negeri Sabah untuk menjelaskannya.

Kit Siang dakwa Anwar juga dihalang masuk ke Sabah

Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mendakwa nama beliau tersenarai bersama sebilangan individu yang dihalang dari memasuki negeri Sabah.

Dalam satu tulisan di Twitter, Lim mendakwa ketua menteri Sabah mengarahkan agar namanya disertakan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen Sabah itu.

“Saya baru dimaklumkan bahawa saya dalam senarai hitam imigresen Sabah, dihalang dari memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman),” katanya.

Lim juga mendakwa, turut tersenarai adalah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengarah strategi Rafizi Ramli dan pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...