24 Jun 2013

PANAS ! JEREBU KENA KEPADA TUANNYA...DAKWA AKHBAR INDONESIA !!!

Jerebu: Syarikat Malaysia terlibat mesti dihukum

KUALA LUMPUR: Dakwaan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya bahawa lapan syarikat milik rakyat Malaysia menyumbang kepada pencemaran jerebu menggunakan cara murah tetapi salah dengan menebang dan membakar hutan untuk mencerahkan kawasan baru bagi ladang mereka mesti disiasat sepenuhnya.

“Jika benar, bukan sahaja Indonesia, Malaysia juga mesti mendakwa dan menghukum mana-mana syarikat perladangan Malaysia yang telah dibuktikan terlibat dalam jenayah tebang dan bakar untuk mencerahkan hutan untuk ladang-ladang mereka di Sumatera,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Balthasar yang memberitahu bahawa dakwaan tersebut akan disiasat oleh pihak polis Riau. 




Ketepi Najib..ketepi Jamil Khir.. ketepi Pandanivel..!!! Sdr. Lim Guan Eng sedang mengadakan meeting tergempar mengenai masalah jerebu dgn pegawai kedutaan Indonesia...dan aku percaya.. akan ada penyelesaian yg dinantikan oleh rakyat......


Syarikat Malaysia tak terlibat pembakaran di Riau

JAKARTA 24 Jun - Syarikat-syarikat Malaysia tidak terlibat dengan sebarang pembakaran terbuka di kawasan ladang sawit di Riau, yang telah menjejaskan dengan teruk kualiti udara di sebahagian wilayah di Semenanjung Malaysia dan Singapura, kata Persatuan Pelabur Perladangan Malaysia di Indonesia (Apimi).

Setiausaha Eksekutif Apimi, Nor Hazlan Abdul Mutalib berkata, walaupun ada kejadian pembakaran terbuka dalam kawasan ladang sawit milik syarikat dari Malaysia, ia dilakukan oleh pekebun kecil di kawasan tanah yang mereka usahakan sendiri.

"Ingin saya maklumkan bahawa di dalam ladang milik syarikat Malaysia (Inti- atau pemilik ladang) telah diperuntukkan sebanyak 20 peratus untuk masyarakat di sekitar ladang Inti yang dimiliki oleh syarikat Malaysia itu.

"Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat untuk melakukan pembakaran terbuka untuk kegiatan penanaman semula tanaman mereka," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya yang mengatakan bahawa lapan syarikat Malaysia adalah antara 14 syarikat dikenal pasti terlibat dalam kejadian pembakaran terbuka di kawasan ladang mereka di Riau.

Nor Hazlan berkata, pihak syarikat Inti tidak mempunyai kuasa untuk menahan masyarakat pekebun kecil daripada melakukan pembakaran terbuka dan apa yang dapat mereka lakukan ialah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan tentang kegiatan itu supaya tuduhan tidak dikenakan ke atas mereka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130624/dn_29/Syarikat-Malaysia-tak-terlibat-pembakaran-di-Riau#ixzz2X7DMvTFr 




STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA (IPU) PADA :

AIR POLLUTANT INDEX (23-06-2013) on 5PM.
http://www.doe.gov.my/apims/

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...