24 Jun 2013

GEMPAR ! USUL UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA NAJIB DI PARLIMEN HARI INI.... ?



Selepas 5hb. Mei kerajaan BN hanya mempunyai kelebihan 44 kerusi parlimen menjadikan kerajaan yang paling tipis mejoritinya  dalam sejarah  dengan 21 kerusi parlimen beralih kem membuatkan kerajaan BN tumbang. Dimana Najib terpaksa mengharap ahli parlimen sarawak dan sabah menyokong beliau iaitu satu pertiga  daripda 133 parlimen kerajaan BN. 

Belum nampak bunga-bunga ketidak puas hati ahli-ahli BN terhadap najib, dalam mana terdapat ahli-ahli parlimen Pakatan yang mengalami sindrom kepenatan, juga belang ahli parlimen yang pertama kali dipilih belum diuji kesetiaan mereka. Tidak heran mereka boleh dibeli oleh pihak BN seperti selepas pru12?

Dewan Rakyat ke 13 akan bermula bersidang hari ini 24 Jun hingga 18 Julai 2013

Hanya  Jawatan Speaker amat mendebarkan BN, Pakatan Rakyat mahukan tuan speaker yang berkecuali agar perjalanan sidang parlimen berjalan dengan lebih baik dan memuaskan semua pihak terutama rakyat.

Pada hari ini bertarikh 24 Jun 2013, Sidang Dewan akan dimulakan dengan Proklamasi Memanggil Parlimen Bermesyuarat, diikuti dengan Memilih Tuan Yang Dipertua (Speaker) yang baru yang kemudiannya akan mengangkat sumpah diikuti Ahli-Ahli Dewan mengangkat Sumpah.

Selepas itu Agenda Memilih 2 Timbalan Yang Dipertua.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker ke-13.

Nama Abdul Kadir dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Berhubung perkara itu, satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).

Difahamkan pihak BN akan mengekalkan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke 13. 


Nampaknya  kali ini Kerajaan BN tidak mudah mengatur percaturan menentukan jawatan-jawatan  dengan pantas dan selesa.




INI KEYAKINAN KERAJAAN BN TIADA UNDI TIDAK PERCAYA.....

Tiada ahli Parlimen BN akan sokong usul menentang PM, kata Shahidan 

Datuk Seri Shahidan Kassim tidak percaya mana-mana ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tindakan dipercayai sesetengah pihak akan dilakukan oleh sekumpulan ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati.

Beliau seharusnya tahu. Semenjak mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli veteran Umno itu telah memainkan peranan sebagai penyelesai masalah, menemui ahli-ahli Parlimen yang kecewa.

Seorang ahli Parlimen yang tidak diberikan jawatan Kabinet walaupun menang dengan majoriti besar memberitahu, Shahidan bercakap kepadanya dan memberi jaminan akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan.

Yang lain-lain turut menunggu janji ditunaikan pada Julai apabila akar umbi Umno mula menentukan kepimpinan tertinggi parti.

Untuk kepastian, malam semalam BN mengadakan makan malam untuk semua ahli-ahli Parlimen di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra, malam sebelum sidang Parlimen bermula hari ini.

Shahidan sendiri menyatakan keyakinannya kepada The Malaysian Insider, Kabinet Najib sudah menggambarkan keputusan Pilihan Raya 2013 dan semua pihak termasuk ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak telah diberikan tempat.

“Mustahil kalau BN nak bawa usul undi tak percaya kepada PM sebab siapa nak bawak usul ni? Takkan BN nak bawa?” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kalau pembangkang yang bawa, takkan ahli-ahli Parlimen BN nak sokong?” tambah beliau lagi.

Bekas menteri besar Perlis itu berkata, tidak mengejutkan jika ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah kerana putera raja Kelantan itu merupakan veteran dalam politik Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Shahidan, beliau tidak menyedari tentang pertemuan sekumpulan besar ahli-ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur dengan bekas menteri kewangan itu.

“Tak mustahil kalau ada satu dua ahli Parlimen Sabah dan Sarawak jumpa Ku Li sebab dia orang lama,” katanya.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini Tengku Razaleigh telah bertemu dengan sekumpulan ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati kerana tidak dilantik menyertai Kabinet atau diberikan jawatan kerajaan lain oleh Najib.

Selepas pilihan raya umum ke 13, Najib berhadapan dengan pelbagai tekanan dari dalam dan luar parti.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mendakwa terdapat penipuan dalam Pilihan Raya 2013 sementara asakan dalaman Umno dan BN timbul kerana ini adalah keputusan terburuk gabungan itu dalam sejarah pilihan raya Malaysia dan tidak semua mendapat “habuan” dari kemenangan itu.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen dari dua negeri tersebut, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. - 24 Jun, 2013.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...